Klinik desa naik taraf
2010/07/09
SEPANG: Perkhidmatan kesihatan di klinik desa yang sebelum ini tertumpu kepada rawatan ibu dan bayi akan diperluaskan dengan memberikan rawatan penyakit ringan termasuk demam, batuk dan selesema apabila lebih 2,000 klinik itu di seluruh negara bakal dinaikkan taraf bermula Ogos depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sekurang-kurangnya seorang pembantu perubatan akan ditempatkan di klinik berkenaan.
“Sehubungan itu, kementerian memerlukan lebih 2,000 pemabntu perubatan dan pada waktu sama usaha dibuat bagi mengambil semula mereka yang sudah bersara untuk dilantik semula secara kontrak.
“Usaha menaiktaraf klinik membolehkan mereka yang menghidap sakit ringan seperti batuk, selesema dan demam diberikan rawatan,” katanya pada sidang media selepas melawat Klinik Desa Sepang, di sini, semalam.
Bagaimanapun, Tiong Lai berkata, penyediaan pembantu perubatan di setiap klinik bakal dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan di Klinik Desa Sepang bermula Ogos depan. Menurutnya, kementerian mempunyai perancangan bagi meningkatkan khidmat pembantu perubatan berdasarkan kekurangan yang dihadapi.
“Kita akan melatih dan menambah lebih ramai pembantu perubatan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),” katanya.
petikan dari harian metro...
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Klinikdesanaiktaraf/Article
No comments:
Post a Comment