.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Friday, February 12, 2010

Valentine.. apa tu valentine???

Sambutan hari itu turut diraikan oleh generasi muda Islam yang tidak peduli mengenai asal-usulnya. Jadi, kita seharusnya melihat kembali sejarah wujudnya Hari Kekasih ini agar kita tidak mudah terjerumus dalam situasi yang boleh merencatkan iman.


Sejarah Hari Kekasih itu ada beberapa versi sumbernya dan di sini diceritakan semula agar kita dapat memahami secara jelas betapa terpesong kita jika turut sama meraikan hari berkenaan. Mengikut sejarah, Valentine adalah seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol. Dia adalah orang kedua selepas kedudukan Paderi Besar Pope. Dikisahkan, Valentine adalah orang yang memainkan peranan besar semasa menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap tidak boleh dilupakan dan sewajarnya dihargai. Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan yang diterajui Valentine itu pada setiap tahun.


Dengan demikian, sekali gus digunakan sebagai hari mengingati kejayaan Valentine dalam menumpaskan orang-orang Islam di Sepanyol.


Manakala dalam cerita versi kedua pula dikisahkan bahawa paderi Valentine sebelum menumpaskan kerajaan Islam di Sepanyol dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam dan yang kedua beragama Kristian Protestan. Namun, disebabkan kekasih pertama itu beragama Islam dia dikatakan hanya menumpukan pada kekasih kedua saja.

Dewasa ini banyak sangat unsur budaya Barat yang diagung-agungkan malah menjadi amalan generasi muda.


Terdapat satu lagi versi yang menyatakan pada 14 Februari 270M, paderi Valentine dibunuh kerana penentangannya terhadap penguasa Rome pada waktu itu, Raja Claudius II (268-270M). Ekoran peristiwa pembunuhan Valentine itu, dia dianggap sebagai simbol ketabahan dan keberanian. Sebagai memperingati Valentine, pada 14 Februari setiap pengikutnya yang beragama Kristian Katholik meraikannya sebagai ‘upacara keagamaan’. Jadi berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Valentine itu jelas ia adalah satu tradisi dalam agama Kristian dan sememangnya sangat diraikan oleh penganut agama berkenaan. Persoalannya, mengapa pula anak-anak muda Islam di Malaysia begitu beria-ia sangat untuk bersama menjayakannya? Inilah akibatnya apabila mengikut sesuatu budaya asing secara membuta tuli tanpa mengkaji selok-belok sejarahnya. Ingatlah akan pesan Rasulullah yang bermaksud; “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia turut termasuk bersama golongan itu.” Itulah peringatan Rasulullah kepada kita agar sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara agar iman tidak tergelincir daripada landasan sebenar. Jadi, berdasarkan kedua-dua versi sejarah bermula perayaan Hari Kekasih maka jelaslah bahawa kita sebagai umat Islam tidak sepatutnya bersama penganut agama lain meraikannya.

from malysian paper...

Sunday, February 7, 2010

alhamdulillah.. tg farez dah keluar wad..

alhamdulillah.. farez dah keluar dari wad  pada hari isnin minggu lepas (kalau tak silap lah)....farez dah dapat balik kelantan...  dia sekarang di bawah pengawasan Hospital Universiti Sains Malaysia K.Kerian.. dia masuk wad HUSM tuk sehari dan sekarang dia dah balik rumah...

aku sekarang hanya boleh mesej n telefon dia. dah susah nak jumpa coz dia dah dok jauh. 2 minggu lepas aku pergi melawat dia sebelum dia keluar wad kat PPUM..  time tu gembira sangat coz dia dah sentiasa buka mata dan dah mula bercakap walaupun x banyak. aku teman dia tuk 2 hari 1 malam jer. tapi dah cukup mengembirakan buat aku.

aku datang kali bawa buah tangan tuk dia, aku x pasti samada dia dah boleh makan atau tidak. tapi aku x kisah coz kalu dia x dapat makan, mak dia (Che) boleh habiskan buah epal tu. bila aku sampai kat katil dia, dia ngah tidur, tak lama lepas tu dia bangun coz Che kejut dia tuk makan tengah hari. che suapkan bubur tuk dia.. pas tu aku offer buah epal yang aku bawa tuk dia, aku terkejut gak mula-mula coz dia nak makan epal tu. aku pon potong la kecil-kecil buah tu, dia makan almost sebiji buah tu...

petang tu dia minta untuk bawa di keluar jalan-jalan di luar dari wad.. aku dengan excited nya minta izin ngan nurse tuk bawa dia berjalan-jalan. dapat jer izin nurse aku pon amik wheelchair dan bawa dia berjalan kat lobi PPUM. aku dapat rasakan keseronokkan dia dapat keluar berjalan... hampir sebulan dok di wad, mesti seronok dapat hirup udara luar (walaupun x best mane coz udara KL).

malam tua aku tidur kat wad, aku dah telefon dia sebelum ni dan janji nk jaga dia malam tu.. malam tu aku tidur kat sebelah dia atas katil pesakit.. ehheh( time x kerja pon kena tidur atas katil pesakit).. tapi aku memang seronok dapat jaga dia.. malam tu khairi pun da temankan sampai kul 12 am. time tu kami banyak wat lawak, dia pon ketawa sekali... seronok sangat tengok dia ketawa(walaupun x kuat)... kali ni kami gurau sal rambut, dia selalu ckap rambut aku hudoh(bergulung-gulung), then aku selalu nafikan benda tu(bukan bergulung la, cuma beralun jer)...

esoknya aku tolong dia bersihkan diri dia sebelum aku balik tengah hari tu... aku cam biasa la masa nak berpisah dengan dia.... sedih giler, tambah lagi aku tau yang dia akan keluar wad minggu tu... dia balik kelantan, so susah la aku nak jenguk dia... tapi x per, insyaAllah aku akan ke kelantan tuk jumpa dia....

farez... tunggu aku.. jangan malas buat fisioterapi.... take care my dearest friend.....

jiwa

kadang-kadang apa yang dilihat x seperit jiwa yang bersenda...
kadang-kadang jiwa yang berkecamuk x setenang wajah yang di tatap....
hidup ternyata bergelora... .
mati bertualang tanpa bekalan.....

~xhilmi~

Tuesday, February 2, 2010

Indahnya Islam.... Kelebihan Lelaki dan wanita...

 
LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila  sudah baligh.
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak  perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang  belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke  atas ibunya dan  sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa  baginya  terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak,  perempuan hanya  perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala  dapat kepadanya  kalau &nb sp;buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi t-jwp lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

 WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu IZIN suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak pada lelaki.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai  serta disimpan ditempat  yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak  akan dibiar  bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang  wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat  kepada ibunya 3  kali  lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah  seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu  menjadi milik  peribadinya dan tidak perlu diserahkan k epada suaminya , manakala lelaki  menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara  isteri dan  anak-anak.

 Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh  makhluk ALLAH di  mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah  syahid kecil.  Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4  wanita :
 1. ibunya ,
 2. isterinya ,
 3. anak perempuannya , dan
 4. saudara perempuannya.
 Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya  ditanggung oleh 4  org lelaki ini :
 1. suaminya,
 2. ayahnya,
 3. anak lelakinya dan
 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui  mana-mana pintu Syurga  yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
 1. sembahyang 5 waktu
 2. puasa di bulan Ramadhan
 3. taat suaminya dan
 4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi  wanita jika taat  akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada  ALLAH akan turut  menerima pahala seperti pahala orang   pergi berperang fisabilillah tanpa  perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu. DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya,sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.
Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "