.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Thursday, January 28, 2010

Kongsi Perasaan Anda - Pupuk Minda yang Sihat

Perasaan seseorang boleh berubah ubah. ada kalnya gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. masalah timbul apabila perasaan ini tidak dapat dikawal. anda perlu mencari jalan penyelesaian yang efektif untuk menangai masalah tersebut...

KENAPA seseorang itu memendam PERASAAN?

@ malu
@ takut menjadi bebanan kepada orang lain
@ terlalu peribadi untuk dibincang
@ berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
@ bimbang akan reaksi orang lain
@ berpendapat tiada siapa yang mahu mendengar dan memahami
@ takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
@ berfikir ianya perkara kecil

Bagaimana mengendalikan PERASAAN anda...

~ ketahui perasaan anda
~ luahkan perasaan anda
~ dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
~ kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, doktor,      kaunselor dan anggota kesihatan

KEBAIKAN yang di perolehi apabila anda berkongsi PERASAAN...

# anda akan merasa lega
# mengurangkan stress anda
# anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
# anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan
# masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda..


pesanan ikhlas dari XHILMI... actually benda ni blh pakai gak ar... trust me...

Thursday, January 21, 2010

hati yang mendung...

hati yang mendung....
cam pelik jer ayat ni.. tapi tu la yang menggambarkan perasaan aku skrg.. aku  x tau knp knp aku sendri pun kurang faham ttg perasaan aku sendiri..tapi kebanyakkan perasaan yang sering bertandang ke hati aku adalah SEDIH...

sinonim sangat ker perkataan sedih ni ngn hidup aku... aku x rasa macm 2 sebenarnya.. aku rasa aku seorng yang happy go lucky but in the certain time aku blh depress cam 2 jer...

sekarang ni lagilah... dengan keadaan kesihatan farez yang tidak sihat... aku rasa cam nk spilt diri aku jadi dua.. so blh la ku wat dua kerja dan berada di dua tempat berlainan sekali gus...

pernah tak korang rasa yang diri korg useless???

Monday, January 18, 2010

hari terus berlalu... teringat keadaan dia...

hari ni aku berada di ayer tawar.. tapi perasaan aku dan minda aku masih ader di PPUM.. masih ada setia di tepi katil farez....

teringat keadaan dia sewaktu aku disana... resah dan restless jer... dia tak dapat mkn n minum melalui mulut wat masa sekarang.. makann dalam bentuk cecair hanya dapat di beri melalui tiub makann di hidung dia... aku x dapat bayangkan mcm mn perasaan aku kalu terpaksa melalui perkara tu...

aku masih terasa seperti ingin tinggal di sana n menjaga dia dengan family dia, aku n family dia rapat coz masa kat kelantan dulu aku selalu tinggal dan tidur kat rumah farez... pagi ahad lepas, aku jaga dia sorg2 kat wad.. sebab nk bagi peluang kat kakak2 dia tuk berehat dan pergi makan.. masa tu farez x tidur lagi..aku bercakap dengan dia.. tanyer dia samada dia ingat tak perkara yg berlaku pada masa lepas.. alhamdulilah dia ingat aper yg berlaku....

aku usap rambut dia.. rambut dia skrg dah panjang... sejak dia berenti dari hospital KCDC kt kuantan, rmbut dia dh pnjg... aku nmpak muka dia x bermaya, jadi aku pun lap muka dia ngn tisu lembab.. aku buang kulit bibir dia yang kering  dan sapu vaselin...

tapi itu semua perkara yng  dah lps dan x mampu aku ulangi..
hari ini dan semalam aku berhubung dengan dia melalui hp...
aku col kakak dia dan request tuk bercakap dengan dia.. aku terasa nak dengar suara dia... aku akui yg aku dulu jarang col dia.. dalam sebulan hanya 3, 4 kali jer.. yang selebihnya hanya SMS... betul aper yang orang cakap.. selepas kehilngn sesuatu baru kita akan merindui \hargainya...

hari ni aku tanyer dia sal aper yang dia buat tuk hari ni.. semakin baik atau tak.. tapi ayat yang x pernah lekang dari pertayaan aku adalah.. " kau kena kuat semangat farez n ko kena tabah.. aku kat sini hanya boleh berdoa.. tapi ko kena usaha tuk pulih sendiri...

hati saper tak sedih bila kita tahu yang apa pertayaan yang kita ajukan x kan berbalas.. tapi aku percaya,suatu hari nati pasti aku akan dapat berbual ngan ko lagi farez.. aku akan sentiasa doakan ko....

Berusahalah farez... aku sentiasa ada di belakng mu...

Sunday, January 17, 2010

Aku x nk tinggalkan dia....

aku terpaksa tglkan farez hari ni... aku kn balik Ayer tawar semula.. esok dah mula kn praktikal lagi...


hari ini aku g jumpa farez kul 7am.. aku g PPUM ngn Khairi n Pok we.. diorg kerja shif pagi hari ni... aku datang awal tuk teman farez hari ni coz aku dah x da peluang nk teman dia pasni.. aku dah nk balik semula ke ipoh petang ni...  then terus pergi ke KK ayer tawar..

hari ini aku jaga dia dari pagi sampai kul 2.30pm.. mcm2 yang berlaku hari ni.. gembira sgt aku time aku dtg dia bukak mata... dia salam ngan aku.. walaupun dia still x bleh cakap tapi itu dah cukup buat aku.. aku bersihkan bibir dia hari ni, kesan bibir kering kat mulut dia  buat dia nmpak teruk.. so aku bersihkan dan sapu bibir dia ngan vaselin gel... tuk lembabkan bibir dia...

hari ni, dia byk wat pergerakan.. yang paling aku gembira.. dia bangun n peluk aku.. aku peluk dia semula.. mcm nk menitis air mata aku.. sedih sgt bila dia bgn n peluk aku...smlm dia just pegang pinggang aku sambil baring jer... hari ini aku banyak berbual dengan dia.. (walaupun dia x berkata2)... aku cerita ttg hal2 lepas... aku cerita ttg kawan2 yg kirim slm... aku beri kata2 perangsang semngt dia untuk sembuh...
" Farez, ko kena kuat.. ko kn sabar.. insyaAllah lepas ni ko akan pulih... aku nk bawa ko kuar makan nati.. aku belanja.."..

dia mengangguk... terasa satu perasaan yg sedih n berat dalam jiwa aku.... sedih teramat... aku cakap yang aku sayang kat dia... aku nk dia pulih secepat mungkin....

sedang aku asyik jaga dia kat wad.. jam dah menunjukkan kul 2 petang.. sedih nyer aku ms 2.. x tau cmner nk ucp slmt tinggal pada sahabat baikku ni.. aku baru jer jengok dia tuk dua hari...

aku gagahkan juga n pujuk diri aku tuk beritahu dia...
" farez, aku nk balik ipoh dah ni...."
dia pun mengangguk n tarik aku dalam dakapan dia....
aku terasa mcm air mata aku dh nk gugur ke bahu dia... aku tahan air mata tu.. aku x nk dia sedih...
aku teruskan ayat aku...
" ko jg diri elok2 tau, nti ader ms aku dtg jenguk ko lgi.. aku akn  col ko pas ni... aku hrp aku akn dengar suara ko.... "

dia masih peluk aku ketika itu, n aku usap rambut dia... dia kemudian usap rambut aku semula... ms tu aku dah x dapt nk thn air mata aku.. aku nmpak dia pun dah menitiskan air mata.. aku pun ucap selamat tinggal n terus beredar dari situ... aku x sanggup nk tinggalkan dia... aku nk teman kan dia sampai dia sihat.. tapi aku x boleh..

Ya Allah... ko kuatkan la dri ku dan diri nya... pulihkan lah dia secepat mungkin.... ketemukan lah kami semula secepat mungkin....

aku tinggalkan PPUM dengn seribu satu perasaan.....

AKU X NAK TINGGALKAN DIA..... :(

Saturday, January 16, 2010

Ya ALLAH... Beratnya dugaan KAU...

Ya Allah, hampir menitis air mata aku tatkala aku pandang wajah Farez pagi tadi... selepas dua minggu dia diserang strok, baru hari ni (16 january 2010) baru aku dapat peluang g melawat dia... Ya Allah, sedihnya aku tadi... aku tgk dia terbaring n x buka mata..... dia skrg minum guna tiub kat hidung yang terus masuk ke perut... dulu kami sama2 belajar cara nk masukkan tiub 2 kat pesakit, tapi sekarang dia yg kena gunakan tiub tu...
 
aku smapi KL kul 12.30am semalam..... hari ni aku g PPUM ngn kawan aku Pok we..  masa aku mula sampai di katil dia kat Pusat perubatan University Malaya... wad neuro unit.. dia ngah tido... kakak dia (kak nah) da kat sebelah... bila kak nah nmpk aku dtg, dia pun kejutkan farez... ms tu dia tak buka mata, tapi dia sedar.. aku pegang tangan dia.. dia pon gengam tangan aku, pastu dia lepas tgn aku n cari tngn pok long tuk dia salam.. pok we n kak nah suh dia bukak mata n dia buka..tapi dia x pandang aku.. aku cam sedih jer time 2 coz dia x tgk aku,.... aku asume yg dia marah or kecewa ngn aku coz dah hampir dua minggu baru aku g melawat dia... pastu aku tgk dia n aku pandang mata dia, aku nmpk da cecair jernih kat hujung mata... aku kesat ngn jari aku... aku usap rambut dia n aku ckp ngn dia..dia beri respon bila aku pegang tangan dia... dia tak dapat bercakap lagi sekarang..... aku tinggalkan dia kemudian tuk pergi makn.. aku cakap kat dia aku akan datang semula petang nati...

petang tu aku sampai kat PPUM kul 3pm.. kali ni aku g PPUM ngn pok long(kawan aku gak).... aku g wad dia.. ms tu dia x tido ag.. dia nk ckp sumtin tp x dpt.. dia kmudian taip ayat kat hanfon, nak luah aper yg dia nk cakap.. tapi dia x fhm sgt aper yg dia taip.. aku keemudian kua minum ngn ayah dia n pok long... balik dari 2 , aku jumpa dia.. kali ni aku jumpa dia ngn buny n pok long..kali ni kami byk suh dia wat pergerakan... yang paling aku sedih tadi... time aku nk balik... aku usap rambut dia n cakap kat dia yg aku nk balik.. dia tepuk2 pipi aku n pegang pinggang aku.. aku nmpak air muka dia sedih... aku sedih sgt time tu.. kalu dio ikut kan hati aku dah mengis kot... tapi aku tahan.. aku salam ngan dia.... aku terus kua pastu coz x sangup dah.. aku cakap sebelum aku balik ipoh esok aku akan datang jenguk dia.. esok pagi aku akan ikut pok we PPUM.. aku akan stay kat sana sampai pok we habis shif kat PPUM...

*farez,pok we n pok long serta buny merupakan penolong pegawai perubatan... pok we n pok long kerja dia emergency PPUM dan buny sebagai cardiac technician kat IJN...

Thursday, January 14, 2010

X disangka... Strok seawal umur 23 tahun...

dalam minggu lepas, aku dikejutkan ngn satu berita sedih oleh kawan aku.. member baik aku dikejarkan ke unit Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya coz dia x dapat nk kawal pergerakan tangan dia n muntah2.. ms tu, kawan aku citer, dia stil sedar and blh bercakap ag... x lama pastu dia terus muntah2.. n kena sawan.. dr amik keputusan tuk intubate(masukkan tiub pernafasan dalam saluran pernafasan) dia...


dia pun terus x sedarkan diri dan terpaksa menngunakan bantuan mesin pernafasan.. pada ms tu Dr x da diagnosis tepat ag sal penyakit dia.. selepas ujian CT scan, dr pon buat diagnosa awal yg mengatakan dia mengalami jangkitan pada otak (ensefelitis). selepas pemeriksaan CT scan kali 2, dan di periksa oleh dr pakar, aku mmg terkejut bila Dr sahkan sahabat baik aku diserang strok..


dia sampai skunk stil x sedarkan diri dan baru jer dikuarkan dari ICU 2,3 hari lepas..

aku sebak sgt time aku col kakak dia, aku minta tuk cakap ngn dia walaupon dia stil x sedarkan diri.. kakak dia letak hp kat tepi telinga dia n aku pon berbual ngn dia... sedih bila kita tau yg seseorg tu dengar tapi x dpt nk reply balik soalan kita....


dia mmg seorng yg banyak merokok, oleh sebab 2 la, dia punya salur darah kat otak tersumbat... kami mmg rapat ms aku blaja kat kelantan dulu.. kitaorg rapat sampai, tiap2 minggu aku ikut dia balik umah dia kat wakaf bharu.. family dia aku dah anggap cam family aku sendiri... time cuti sem lepas, aku baru jer jumpa dia... x sampai pon ag sebulan, dia datang lepak kat umah aku...


aku mmg terkilan coz dah dua minggu dia kat sn, tapi aku x da peluang ag nk g melawat dia... aku sibuk skunk ngn praktikal kat KK ayer tawar kat daerah manjung.. insyaAllah.. sabtu ni aku akan g melawat dia...

tengku farez, kau tunggu hujung minggu ni aku akan g melawat ko.. aku harap dan berdoa moga ms aku da kat sn ko dah sedar........

Wednesday, January 13, 2010

akhirnya ader gak aku sebuah blog baru...

assalammualaikum....

actually aku skunk baru jer nak berjinak2 tuk mendalami keseronokan tuk jdi seorg blogger... sebelum ni da tulis skit2 kat dlm FS blog... ramai gak yang perli aku tulis blog... dorg ckp yg org tulis blog ni x da kawan tuk luah perasaan.. aku mmg 100% x stuju ngn penyatan tu coz, personally aku da kawan rapat... aku slalu shared problem ngn dia... so, it doesnt mean tht typing blog make sum0ne such a loser... am i right??