.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Monday, October 25, 2010

Penolong Pegawai Perubatan

Assistant Medical Officer / Penolong Pegawai Perubatan

salam.....
hari ini aku nak kongsi tentang profession yang aku ceburi.. ini kerana rata-rata/ kebanyakkan rakyat kat malaysia ni tak tau atau keliru apa tu Penolong Pegawai Perubatan (PPP) ni.
ramai yang samakan PPP dengan Nurse dan Doktor...
ini disebabkan PPP juga berfungsi sebagai perawat yang memeriksa, merawat dan menjaga pesakit..
sejarahnya, PPP dah wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi.. dahulu PPP di kenali sebagai DRESSER, kemudian ditukar HA (hospital Asisstant). seterusnya ke MA (medical assistant/pembantu perubatan) dan sekarang PPP / AMO (Asistant Medical Officer/)...



PPP bertugas dengan melihat dan merawat kes-kes penyakit ringan , menyambung pemberian ubat yang telah sedia ada di preskipsi oleh doktor di klinik-klinik kesihatan( mengikut jenis ubat tertentu sahaja)... PPP layak untuk menggunakan stethoscope dan sphygmomanometer dan hanya yang mempembaharui lesen amalan berkerja (APC) sahaja yang di benarkan bekerja. ( ini termaktub dalam akta yang di gubal di parlimen ).. kami juga melakukan tugasan seperti nurse seperti Dressing (cuci luka) dan penjagaan pesakit.
kebiasaan nya di klinik-klinik, pesakit-pesakit yang datang akan dirawat oleh Penolong Pegawai Perubatan dan sekiranya sesebuah penyakit itu tidak dapat di tangani oleh PPP, ia akan dirujuk ke doktor atau akan di hantar ke hospital.


PPP juga merupakan pegawai yang mengetuai pasukan ambulance yang pergi ke kawasan kemalangan atau respon kes-kes kecemasan di rumah atau di kawasan pekerjaan. PPP akan memberikan rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah di bekalkan untuk menyelamatkan nyawa mangsa.


PPP turut di tempatkan di klinik-klinik pakar seperti di Unit-unit Khas seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain.

PPP juga menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.




sebenarnya, terdapat banyak lagi tugas PPP, tetapi tidak sempat saya senaraikan. di bawah ni merupakan SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN di Kementerian Kesihatan Malaysia..





Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gred : U29
Kumpulan : Sokongan
Kem/Jab : Kementerian Kesihatan

Jadual Gaji :
P1T1 RM1160.69 - P1T27 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 - P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 - P3T27 RM3476.28



Syarat Lantikan:

i) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

[Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6 RM1493.44];



Deskripsi Tugas:


1) Peranan Primer

1.1) Penjagaan Perubatan Primer

i) Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan.

ii) Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.

iii) Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan.

iv) Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya.

v) Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.



1.2) Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan

i) Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.

ii) Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.


1.3) Pentadbiran


i) Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.

ii) Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.



2) Peranan Khusus

2.1) Penjagaan khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain.

2.2) Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.




p/s: itulah serba sedikit mengenai PPP... harap-harap anda semua tidak keliru lagi dengan profesion PPP...


Thursday, October 21, 2010

accident kat tempat kerja....

kali ni aku da sumthing nak share ngan kamu semua... satu kes yang berlaku kat tempat aku berkerja.. kejadian tu berlaku dalam lingkungan kul 5 hingga 6 petang ar... sedang kami nyaman n aman tenteram di tempat kerja, tiba-tiba kami di rangsang oleh bunyi deringan loceng kecemasan di zon kritikal...

sebuah kes, industrial accident ( kemalangan di tempat kerja) telah masuk ke jabatan kami... kes seorang lelaki yang terjatuh dalam mesin pengisar (mixture machine)....

lelaki itu datang dalam keadaan yang amat parah dan kehilangan banyak darah (hipovolumic shock)... mangsa dibawa dengan ambulance... dimana paha nya telah hancur dan kakinya telah putus... kakinya yang putus turut dibawa didalam beg plastik yang berisi ice...

selepas kami bertungkus lumus cuba untuk mengstabilkan mangsa untuk di bawa ke dewan bedah, akhirnya.... mangsa boleh dibawa ke dewan bedah tuk di bedah bagi menyekat pendarahan yang berlaku dengan banyaknya di bahagian kaki mangsa...

disini da gambar-gambar yang diambil...
(hak cipta terpelihara erk...)




Monday, October 11, 2010

10 oktober 2010... 10/10/10... sweet Memories n Disaster,,,,,,

tarikh ni.. banyak gak yang berlaku tuk tarikh ni...

1st: ni tarikh lahir adik aku yang no 2... Happy birthday buat Abdul Hadi bin Mohd.. hope dapat kejayaan tuk dunia n akhirat...

2nd: ramai lak yang kahwin pada tarikh ni... tahnia buat saper2 yang kahwin erk...

3rd: ni yang sedih... takziah buat keluarga arwah yang meninggal dalam tragedi kemalangan di lebuh raya PLUS dekat negeri sembilan n melaka tu...
-sabar la buat semua keluarga.. doakan lah supaya roh mereka aman dan bahagia di sana..
-aku da letakkan kan sikit info about keadaan tu... nak lebih lanjut, sila la lawati blog kawan aku ni...  the sharkox


gambar2 ni aku dapat dari blog kawan aku... ni link dia if nak tau n baca citer ni dengan lebih lanjut... da cerita dari orang yang berada di scene... -> theSharkox

al fatihah buat keluarga arwah.....

Saturday, October 9, 2010

:::PETUA IMAM SYAFIE:::



Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

 
4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

 * Masyallah... tak betul rupernya cara tidur aku sebelum ni....
* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Monday, October 4, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?




Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….
 
by Muhammad Abdul Hadi Marzele on Friday, 16 July 2010 at 06:44

Friday, October 1, 2010

Kita ibarat Pinggan.

Sekadar renungan....





Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. Selang

beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam

keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus

meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..



Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih

kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih,

kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..p



Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah

bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun

serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain

menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..



Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam

keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus

meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita..

Iaitu syurga..



Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan

'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita

ke dlm syurga..



Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga

tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan

teragak2 utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat

selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..



Semoga bermanfaat..