.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Monday, October 25, 2010

Penolong Pegawai Perubatan

Assistant Medical Officer / Penolong Pegawai Perubatan

salam.....
hari ini aku nak kongsi tentang profession yang aku ceburi.. ini kerana rata-rata/ kebanyakkan rakyat kat malaysia ni tak tau atau keliru apa tu Penolong Pegawai Perubatan (PPP) ni.
ramai yang samakan PPP dengan Nurse dan Doktor...
ini disebabkan PPP juga berfungsi sebagai perawat yang memeriksa, merawat dan menjaga pesakit..
sejarahnya, PPP dah wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi.. dahulu PPP di kenali sebagai DRESSER, kemudian ditukar HA (hospital Asisstant). seterusnya ke MA (medical assistant/pembantu perubatan) dan sekarang PPP / AMO (Asistant Medical Officer/)...



PPP bertugas dengan melihat dan merawat kes-kes penyakit ringan , menyambung pemberian ubat yang telah sedia ada di preskipsi oleh doktor di klinik-klinik kesihatan( mengikut jenis ubat tertentu sahaja)... PPP layak untuk menggunakan stethoscope dan sphygmomanometer dan hanya yang mempembaharui lesen amalan berkerja (APC) sahaja yang di benarkan bekerja. ( ini termaktub dalam akta yang di gubal di parlimen ).. kami juga melakukan tugasan seperti nurse seperti Dressing (cuci luka) dan penjagaan pesakit.
kebiasaan nya di klinik-klinik, pesakit-pesakit yang datang akan dirawat oleh Penolong Pegawai Perubatan dan sekiranya sesebuah penyakit itu tidak dapat di tangani oleh PPP, ia akan dirujuk ke doktor atau akan di hantar ke hospital.


PPP juga merupakan pegawai yang mengetuai pasukan ambulance yang pergi ke kawasan kemalangan atau respon kes-kes kecemasan di rumah atau di kawasan pekerjaan. PPP akan memberikan rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah di bekalkan untuk menyelamatkan nyawa mangsa.


PPP turut di tempatkan di klinik-klinik pakar seperti di Unit-unit Khas seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain.

PPP juga menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.




sebenarnya, terdapat banyak lagi tugas PPP, tetapi tidak sempat saya senaraikan. di bawah ni merupakan SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN di Kementerian Kesihatan Malaysia..





Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gred : U29
Kumpulan : Sokongan
Kem/Jab : Kementerian Kesihatan

Jadual Gaji :
P1T1 RM1160.69 - P1T27 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 - P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 - P3T27 RM3476.28



Syarat Lantikan:

i) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

[Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6 RM1493.44];



Deskripsi Tugas:


1) Peranan Primer

1.1) Penjagaan Perubatan Primer

i) Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan.

ii) Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.

iii) Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan.

iv) Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya.

v) Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.



1.2) Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan

i) Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.

ii) Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.


1.3) Pentadbiran


i) Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.

ii) Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.



2) Peranan Khusus

2.1) Penjagaan khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain.

2.2) Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.




p/s: itulah serba sedikit mengenai PPP... harap-harap anda semua tidak keliru lagi dengan profesion PPP...


4 comments:

Jerul said...

cehhhh, ensem pula PPP kat bawah ni. hahahahahahahhahahahahhahaha

Anonymous said...

waaa,,nice2...sronok bace entry ni..thnx yaa...actually,fara bermnat ngn karier ni.n igt nk buat ltihan spra prubtn dlm bdg ni....kalau ade ape2 info,ley bgtau fara...

http://faralovexx-akudandiriku.blogspot.com/

fb:http://www.facebook.com/farrah.hanim

thnx..

cactusladie@gmail.com said...

asalam. susah x study MA ni? enjoy x study? saya minat actually. sekarang tengah study medic first year. tapi rasa tough sangat. mcam nak apply MA pula

Unknown said...

Boleh cite tk pasal jaga bilik mayat tu...sy ni cm takut sikit tapi dpt offer ppp...