.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Sunday, May 30, 2010

My new Pets..... ( Ikan Laga or sekilau or Betta splendens )

 Ni la ikan yang baru aku beli petang tadi....

Salam...
petang tadi selepas aku gi makan ngan member aku afif...kitaorg gi makan nasi yang berharga Rm 2 kat stadium indera mulia, Ipoh... ( x pasti ar kedai tu nama per)..... pastu kami decide x nak balik lagi... so,  kita orang g Greentown Mall tuk jalan-jalan dan baiki Handfon Afif yang rosak... 



sesampai jer kami kat sana....
si Afif ni pula sakit perut(heheheh) n kena la turun basement GM tu tuk gi tandas... oleh kerana kebosanan menunggu.. aku pon gi la kedai binatang peliharaan kat area tu.... banyak tul binatang yang best giler dalam tu... aku nyer 1st hamster pon aku beli kat situ... tibe2 aku terlihat la ikan ni.. terasa lak nak bela ( aku nak hilangkan rasa sedih teringatkan seseorang sebenarnya).... 



aku pun melobi la si afif ni tuk beli sama ikan ni..
hahahhaha.. kami pon jadi la beli ikan ni... hehehe.... ingat nak bela dalam botol jer.. tiba2 ternampak la aquarium kaca yang menarik minat kami... harganya pon tak lah mahal mana... kami pon bercadangla nak beli... 



So kesan daripada perbincangan kami... Belilah aku dua ekor ikan laga ni tuk jadi binatang peliharaan aku yang baru.. heheheh... sekor betina dan sekor jantan... kena bagi nama ke??? hahahaahh   (^_^)

p/s: really missed sumeone.... (!_!)

~ nak tgk ikan afif?? click la kat link dia...
http://ediopathic.blogspot.com

Friday, May 28, 2010

Kuantan ke Ipoh ( jauh perjalanan aku )

 Tanda mercu ipoh dari lebuhraya Utara Selatan

pada 25 hb may lepas... setelah satu hari daripada kemasukan elaun-elaun bagi pelajar mahupun pelatih tajaan SPA... aku berangkat pulang dari negeri tanah kelahiran ku iaitu pahang tuk pergi ke negeri ku menuntut ilmu perubatan iaitu perak....

macam biasa lah, hafiz akan datang kat rumah aku dalam kul 7am or 8am... dia akan bertolak dari pekan dan amik aku kat kuantan... dari kuantan kami akan ke ipoh.... jangka msa dari kuantan ke ipoh??? hurm.. dalam 6 tau 7 jam gak la.. ikut jalan yang kami lalui...

 jalan kat highway... ngah pening ni.. hafiz nyer keje la,
main amik corner laju-laju time aku ngah massage kat hp...

kalu kami ikut genting highland and terus ke kuala kubu bharu, kami dapat jimat almost sejam setengah...
dari jalan sekiranya kami balik ikut karak dan masuk KL... biasalah, KL kan bz.... penuh ngan kereta...


kalu ikut genting or batang kali ni da kelebihan and kekurangan gak... tapi yang tak seronoknya, jalan nya yang bengkang bengkok.. hafiz lak saje jer bawa kereta tuk peningkan aku.. heheh.. at last, dua- dua yang pening.. hahahah..  yang senorok lak ikut jalan ni... x jammed, udara nyaman and sejuk.. hahaha..,., x yah bukak aircon pon.. hehehe..

dalam kul 2 pm kami dah sampai kat ipoh... pulang semula ke tempat yang telah jadi kediaman kami sejak 3 tahun yang lepas... negeri yang banyak mengajar erti kehidupan buat kami.... sedih pulak nak tinggalkan tempat ni nanti... ni bulan terakhir kami di ipoh.... (!_!)

 Welcome Home to Tanjung Rambutan.. hehehehehhehe

anyway... ni signboard tuk masuk ke tanjung rambutan daripada highway utara selatan... susah nak tangkap gambar ni coz hafiz saja bawa kereta laju-laju.. dengki ngan idea aku nak masukan journey ni dalam blig.. hahahahah


gonna missed this place after this.....
Ipoh... Perak darul Redzuan....

Monday, May 24, 2010

IsRak dan MikraJ

Sebelum Israk dan Mikraj
 
Peristiwa Israk dan Mikraj memang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad saw. Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.

Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.
 
 
 
Tahun DukacitaPeristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.
Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Pembedahan dada/Perut
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa) :
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
 
i.   Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
 ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Perjalanan Israk/ Mikraj
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit  dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
 
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
 
 Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapi teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
 
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang) .
 
 Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
 
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
 
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
 
 Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
 
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
 
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
 
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
 
 Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
 
 Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
 
 Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
 
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
 
 Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
 
 Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Ada A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
 
 Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
 
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun  A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
 
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
 
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
 
Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu  HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".
 
Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM.
 
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
 
 Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
 
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penjaganya.

 Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 
 Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
 
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi.
 
Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
 
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
 
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
 
Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
 
 Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
 
Mengurangkan Waktu Solat
 Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
 
Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
 
 
 Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.
 
Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah.
 
Kesimpulan
 Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali tibanya 27 Rejab . Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.
 
Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
 
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan.
 
Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
 
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
 
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)
 

Friday, May 21, 2010

kawan-kawan


 KawaN..... Teman........ SAhaABat......

ada beza ke antara perkataan tu...  aku tak tahu.... hurm...




bagi aku, apa yang penting seseorang tu ada disamping... tidak kira waktu sukar,sedih atau gembira....  ramai yang berpendapat bahawa kawan yang dapat bantu kita masa susah, sukar untuk di cari.... tapi ada gak yang dapat tapi tak hargai...








kalau aku di beri kesempatan untuk jadi teman di saat suka dan duka.. aku rela.. bagi aku sahabat yang baik sukar di cari... aku pernah kehilangan... oleh sebab itu aku taknak dah abaikan sesiapa saja yang perlukan aku... aku nak jadi shield ( pelindung ), dan protecter tuk rakan-rakan ku.....

aku nak di hargai... sebagaimana semua insan inginkan... jadi aku patut mula untuk hargai orang terutama yang rapat dan berada disekitarku....




terima kasih buat semua sahabat ku... terima kasih coz sudi layan perangai aku yang pelik ni... untuk sesiapa yang selalu kena gigit dengan aku tu, aku minta maaf ( kalau korang kena gigit tu maksudnya, korang memang rapat ar ngan aku).....

salam sayang....

xhilmi...lipid..... malin.....

Thursday, May 20, 2010

Sejarah Kehidupan Mat Kilau - Pahlawan Pahang...


Kehidupan awal Mat Kilau


Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.
 
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya.
Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang merupakan mufti pahang ketika itu.
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan, selain dipercayai menjadi kediaman jin islam.
 Sejarah perjuangan 

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutny a.
Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
  
Buruan British 

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895.
The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah.
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.
Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.
Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Keluar dari persembunyian 

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenal kan dirinya yang sebenar.
Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.
Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.
Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.
Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar PahangYAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth.
Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.

penghargaan buat :
Pak Belalng

Life At Home...... KUANTAN da best...

dah 4 hari aku balik Kuantan...
dah macam-macam yang aku buat kat rumah.... hari pertama aku dah kua pergi tengok wayang dengan khairul azwan n hafiz.. kitaorang gi tengok wayang citer Nightmare at Elm Street... dasyat gak citer tu.. suspen ar... saper yg suka tengok citer SAW n bunuh membunuh yang stylo, aku rekemen ar korang tengok citer ni.. memang berbaloi ar... balik tu kami lepak kat Teluk Chempedak.... walaupon dah pukul 3 pagi tapi still ramai people kat sana.... memang betul ar cakap orang, TC x penah mati.. aku g sana tuk makan kat MCd... then lepak tepi pantai jap... kul 4 Am aku pun pulang n zzzzzzzzz......



Hari kedua...
still kua ngan azwan n hafiz... kali ni kami gi tengok wayang cerita Robin Hood... erm.. citer ni not bad gak... tuk sesaper yang suka cerita historical, sila lah tengok citer ni.... x banyak yang aku nak cerita pasal cerita ni... korang gi la tengok sendiri erk.. hehehehe.. balik tu kami g makan KFC lak kat East Cost Mall.... then aku balik n tidur... penat la... huk2...



hari ke 3

aku ingat tak nak keluar dah coz duit memang dah kering giler... tapi da lak kawan aku ni ajak kua.(nama dia EMMA). dia cakap dia nk belanjer.. aku pon apa lagi.. dah orang cakap nak belanja, terus ar bersiap tuk kuar... so kami pon tengok wayang gak.. citer Diary Of Wimpy Kid... citer ni aku anggap best gak coz sempoi jer... x heavy and banyak friendship value... kadang-kadang kita selalu amik remeh tentang kawan kita, kita kutuk dia and layan dia cam sampah.... kita ingat dia tak kisah tapi jauh dalam hati.. mereka terasa... so hargailah kawan-kawan anda, kalu korang nak tengok citer ni pon ok gak.. ehhehe






hari 4

hari ni aku dok umah jer.... coz ini hari keempat.. ehheheh.. aku abiskan masa main Farmville, Cafe world and FishVille.... skype ngan yang tersayang.. and msg ngan tersayang kat FB... so, saper nak chat ngan aku silalah... hehehe....

YM: frozen_sierra@yahoo.com
skype:  lord_xhilmi

until next post erk kawan-kawan... erm.... salam...

Saturday, May 8, 2010

Mei..... kau tiba lagi....

bulan Mei....

alhamdullilah aku masih diberi kesempatan untuk hidup sehingga bulan ni... mei banyak beri pengalaman dalam hidup aku untuk dua tahun kebelakangan ni...

bulan mei banyak mengajar aku mengenai persahabatan, kesedihan dan ketentuan Ilahi... buat sapa yang mengenali aku, dia akan faham maksud aku....

mei...
perginya dua sahabat ku mengadap Ilahi...
mei...
bermula lah perjalanan hidupku menempuh alam peperiksaan...
mei...
may........

Ya Allah... Ampunilah dosa keluarga ku... sahabatku... yang telah meninggal dunia... tempatkan lah mereka disamping org beriman dan soleh....

Friday, May 7, 2010

Pengorbanan

pengorbanan....

kalau di sebut perkataan tu, ibarat ia tidak seberat mana. ia juga tak sesusah mana... tapi bagi aku, ia cukup memberikan tekanan dan membebankan...

mungkin kalian tertanya-tanya kenapa aku menulis sedemikian... aku keliru dengan apa yang aku ada. aku x pasti tindakan yang aku buat ni betul atau tidak.. aku perlukan seseorang tyk bantu aku hadapi persoalan hati aku ni...

dia yang aku sayang seakan menjauhi...
aku x berupaya nak mengejar....
kadang-kadang aku tertanya, kenapa hati aku betul-betul hanya memikirkan nya....

betul cakap orang, bunga bukan sekuntum... tapi bukan semua boleh kita dapati n kita suka... bukan semua bunya sesuai tuk kita...

aku akan pegang bunga ku sehingga bunga tu berubah menjadi pohon lain yang tidak ku lagi kenali....
dan aku harap, bunga kecil ku itu tidak akan berubah selamanya.....