.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Thursday, December 2, 2010

METHAMPHETAMINE






LATAR BELAKANG METHAMPHETAMINE

Methamphetamine adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perang dunia kedua lagi. Pada ketika itu juru terbang menggunakan Methamphetamine ini untuk berjaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga di gunakan oleh askar-askar dalam peperanga untuk mengelak daripada tidur untuk tempoh masa yang panjang.

Askar-askar yang paling mengemari Methamphetamine pada masa peperangan adalah askar-askar dari Negara Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan Methamphetamine ini.

Dari segi sejarah di Malaysia terutamanya di Sabah, Methamphetamine ini mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipercayai di bawa oleh pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina. Pada masa itu mereka hanya gunakan untuk kegunaan mereka sendiri dan adakalanya diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Methamphetamine di Filipina pula telah dibawa oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidmat di negara tersebut.

DEFINISI METHAMPHETAMINE

Methamphetamine atau pun nama lainnya adalah syabu. Methamphetamine ini adalah daripada jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS). Methamphetamine ini adalah dadah jenis peransang.

Methamphetamine jenis ini dihasilkan pada abad lalu dari dadah induknya Amphetamine, yang dahulunya diguna untuk melegakan pernafasan akibat hidung tersumbat. Walau bagaimanapun, pada hari ini, kegunaannya terhad untuk keadaan keadan tertentu seperti untuk rawatan narkolepsi ( satu keadaan di mana seseorang  rasa mengantuk dan tertidur secara spontan), sindrome kurang penumpuan perhatian, dan kegemukan yang teruk (untuk kegunaan bagi jangkamasa singkat)

Methamphetamine dihasilkan di makmal haram dari bahan prekursor seperti Ephedrine, Pseudoephedrine dan Phenylpropanolamine. Apabila kawalan yang ketat dikenakan ke atas prekursor, pengilang haram ini mula mencuba resipi baru dengan menggunakan bahan-bahan lain yang merbahaya, seperti asid bateri dan pencuci longkang .Bahan-bahan ini meningkatkan lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk dan kematian .




 NAMA-NAMA METHAMPHETAMINE YANG LAIN

Methamphetamine juga dikenali sebagai "speed", "meth", "chalk", dan "china white".  Methamphetamine yang dihisap secara 'chasing the dragon' disebut sebagai "ice", "crystal", "crank", dan "glass".

Methamphetamine gred satu yang berkualiti berwarna putih kristal sementara Methamphetamine gred dua warna putih kemerahan dan gred tiga pula rendah kualitinya serta mempunyai rasa yang pahit.


CARA METHAMPHETAMINE DIGUNAKAN.

Methamphetamine dilaporkan disalahgunakan oleh remaja selalunya di pesta-pesta liar, di pesta tari-menari, di kelab-kelab malam, disko, tempat  karaoke dan lain-lain tempat hiburan untuk menaikkan mood seseorang dan daya ketahanan fizikal.

Methamphetamine boleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk dan boleh digunakan secara suntikan, dihisap secara merokok, ditelan atau disedut melalui hidung.

Penggunaan secara suntikan atau dihisap secara 'chasing the dragon' mendatangkan kesan segera keseronokan. Penggunaan secara disedut melalui hidung memberikan kesan dalam 3-5 minit sementara jika ditelan kesannya diperolehi selepas 15-20 minit. Kedua-dua cara pengambilan dadah jenis ini iaitu dengan cara disedut atau dimakan akan menghasilkan  mengkhayalkan tetapi tidak dengan kesan segera. Kesan dadah ini akan bertahan sehingga 4 -24 jam.

Kesan toleran ke atas Methamphetamine ini terjadi dengan cepat iaitu kesan seronok akibat Methamphetamine ini lenyap sebelum kandungannya berkurangan. Penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan Methamphetamine ini secara berulangkali (dikenali sebagai “bingeing”). Walau bagaimanapun, setiap episod kekhayalan ini semakin kurang keseronokannya.




KESAN-KESAN BURUK METHAMPHETAMINE

Methamphetamine ialah stimulan yang poten. Pengguna menggemarinya kerana ia memberi rasa khayal iaitu rasa gembira, menyeronokkan, rasa lebih bertenaga
dengan peningkatan aktiviti fizikal, hilang mengantuk, peningkatan tumpuan
perhatian, berjaga-jaga dan pengurangan selera.

Walaubagaimanapun, pengguna methamphetamine akan mengalami kesan buruk seperti mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan
sakit kepala.

Selepas kesan khayal, seseorang itu merasa gelisah, cepat marah, gementar,
kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas.

Pada dos yang tinggi dadah ini menaikkan suhu badan kepada tahap yang
membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya.


 
KAITAN METHAMPHETAMINE TERHADAP PESAKIT MENTAL

Methamphetamine ini juga mempunyai kaitan dengan pesakit jiwa. Jika seseorang itu tidak mengambil benda tersebut mereka akan mengalami ketagihan dan juga penggantungan psikologi akibat pengambilan benda tersebut. Ketagihan ini akan berada pada tahap kronik dan berulang. Pemberhentian pengambilan benda tersebut akan menyebabkan kemurungan, kegelisahan,  keletihan, syak wasangka tanpa sebab, sifat ganas dan menagih untuk mendapatkan dadah tersebut.

Jika seseorang itu berhenti mengambil benda tersebut, ia akan memberikan kesan terhadap mereka contohnya  pada jangka masa pendek dan masa panjang. Bagi jangka masa pendek pesakit akan mengalami halusianasi pada penghilatan dan pendengaran, perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang, dan bersifat agresif.

Manakala dari segi jangka masa panjang pula adalah seperti kerosakan pada saraf otak, kurang siuman dan mengalami gangguan mental. keracunan pada sistem saraf tunjang, pergantungan psikologikal keatas methamphetamine dan rasa tidak boleh hidup tanpanya, mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut dan  boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.






KESAN  METHAMPHETAMINE KEATAS KESIHATAN.

 
Penggunaan methamphetamine memudaratkan kesihatan kerana ia akan memberikan kesan  seperti:
Toleran - kesan toleran terjadi dengan cepat mengakibatkan penggunanya mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Dalam keadaan tertentu, pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa yang sama terus menyuntik dadah ini sehingga 1 gram setiap 2 - 3 jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya. Terdapat juga pengguna yang tahan tidak tidur dari 3 - 15 hari akibat dadah ini.

Pengabaian diri - Apabila di bawah pengaruh methamphetamine, pengguna tidak makan, tidak tidur dan mengabaikan diri sendiri. Penggunaan pada dos tinggi akan menyebabkan hilang berat badan yang ketara, muka  menjadi pucat, pengabaian kesihatan diri dengan perpeluhan, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka-luka di badan. Kudis jelas  kelihatan akibat pengguna akan menggaru kulit untuk menghapus  bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya.

Kurang daya tahan kepada penyakit - Pengguna methamphetamine yang mengabaikan pemakanan dan tidur yang sempurna akan menjadi lemah dan kurang daya tahan melawan penyakit.

Kerosakan pada otak dan sistem saraf seseorang - Penggunaan
kronik mengakibatkan berkelakuan terlalu aktif, susah tidur, kemurungan yang teruk, khayal, syak wasangka tanpa sebab, bersikap garang, keganasan tidak terkawal, dan perlakuan psikotik seperti gila. Penyelidik-penyelidik mendapati kerosakan pada sistem saraf dan otak yang boleh menyebabkan gejala-gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota-anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan kehilangan ingatan dan kekurangan  daya berfikir).

Gangguan metabolisma badan - methamphetamine ini menyebabkan hilang selera yang ketara, kurang pemakanan, kehilangan berat badan yang jelas, kurus dan lain-lain masalah akibat metabolisma badan yang terjejas.

Kerosakan pada jantung dan sistem pendarahan -methamphetamine ini menyebabkan degupan kencang tidak menentu dan tekanan darah meningkat, yang mengakibatkan sakit jantung dan maut. Kerosakan pada saluran darah menyebabkan sakit ahmar.




UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN METHAMPHETAMINE

Sebelum 29.11.97, Methamphetamine dikawal sebagai bahan psikotropik di
bawah Akta Racun 1952 (Pindaan 1989) di mana pemilikan, penjualan atau
bekalan boleh dikenakan tindakan mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau pemenjaraan sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 29.11.97 Methamphetamine diwartakan sebagai dadah berbahaya di bawah Seksyen 12 sesiapa yang didapati mengimport, mengeksport atau memiliki Methamphetamine jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menyedari hukuman di atas adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah tersebut, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 1.7.1998 untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah peransang jenis Methamphetamine. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1998 ini berkuatkuasa 15.9.1998. Diantara kesalahan dan hukuman yang terdapat di bawah pindaan ini adalah :



JENIS DADAH
SEKSYEN
KESALAHAN
BERAT DADAH
HUKUMAN/DENDA
Methamphetamine
12(2)
Memiliki
Kebawah 5gm
RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

39A(1)
Memiliki
5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm
Tidak kurang 2-5 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

39A(2)
Memiliki
30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

39B
mengedar
50gm ke atas atau lebih
Mati mandatory

No comments: