aku da baca satu article di internet pasal rokok.. Menurut seorang pakar akademik dari Australia mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Nama Profesor tu ialah Simon Chapman dan dia dari Universiti Sydney. Dia berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
article ni ader dalam KOSMOS...
aku da paste link tu kat bawah ni tuk saper-saper yang nak baca.
so, korang yang menjadi perokok tegar or baru nk start tu.. aku nasihatkan korang fikir lah dalam-dalam yerk...
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
No comments:
Post a Comment