.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Sunday, April 4, 2010

PANDEMIK H1N1 DI MALAYSIA 2010

Sehingga 1 April 2010


Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan masyarakat bahawa Influenza A(H1N1) masih aktif. Walaupun situasinya masih dalam keadaan terkawal masyarakat harus mengambil langkah berwaspada untuk mengelakkan diri dari dijangkiti. Oleh itu masyarakat disaran supaya terus berwaspada dengan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan kebersihan diri, mendapatkan rawatan awal dan tidak mengabaikan langkah-langkah pencegahan Influenza A(H1N1) yang telah diumumkan sebelum ini.

Situasi pandemik influenza di Malaysia pada keseluruhannya sejak tiga minggu yang lalu menunjukkan tren peningkatan kes H1N1 berbanding minggu sebelumnya. Secara purata seramai 50 kes positif Influenza A(H1N1) seminggu dikesan berbanding 20 kes seminggu pada bulan Januari dan Februari 2010. Jumlah kes terkumpul positif Influenza A(H1N1) yang dilapor sejak bulan April 2009 sehingga kini adalah 12,688 kes. Pada minggu ini sehingga 1 April 2010, terdapat 210 kes baru dengan gejala Influenza-like Illness (ILI) yang dirawat di hospital. Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sepanjang minggu ini hingga 1 April 2010 adalah seramai 380 kes. Dari jumlah ini, 32 orang pesakit atau 8.4% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal. Jumlah terkumpul kematian kekal pada 77 orang sehingga kini. Terdapat sepuluh kejadian kluster ILI dilaporkan sepanjang minggu ini sehingga 1 April 2010. Kluster ini melibatkan negeri-negeri Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Melaka.

Kluster yang dilaporkan adalah:
1. Asrama SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan (6 orang)
2. Institut Belia Negara, Tangok, Bachok, Kelantan (12 orang)
3. Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak (31 orang
4. SMK Langkawi Pulau Tuba, Langkawi, Kedah (30 orang)
5. SRJK (Tamil) Kuala Kubu Bharu, Selangor (15 orang)
6. Rumah teres KM 141/2, Jln Jasin-Merlimau, Melaka (2 orang)
7. Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar, Jasin, Melaka (4 orang)
8. SK Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting, Langkawi, Kedah (48 orang)
9. SM Teknik Langkawi, Kedah (43 orang)
10. SK Sri Nobel, Petaling Jaya, Selangor (3 orang)

Memandangkan kejadian kluster di Malaysia banyak melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan institusi maka pelajar-pelajar serta ibubapa dinasihatkan mengamalkan langkah pencegahan seperti berikut:
a) Bagi pelajar yang mengalami demam, batuk dan sakit tekak; mereke perlulah mendapat rawatan segera dan tinggal di rumah dan tidak ke sekolah. Para pelajar boleh kembali ke sekolah setelah sembuh;
b) Basuh tangan dengan kerap;
c) Pakai penutup hidung dan mulut jika mempunyai tanda-tanda demam selsema seperti demam, batuk dan sakit tekak;
d) Amalkan adab batuk yang baik iaitu dengan menggunakan tisu dan sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dlam tong sampah dan jangan berkongsi sapu tangan;
e) Sekiranya tiada air, gunakan ‘hand sanitiser’ selepas menyentuh peralatan awam atau selepas mempunyai kontak dengan sesiapa yang mempunyai Influenza-like Illness; dan
f) Amalkan cara hidup sihat iaitu mengambil diet yang seimbang, kerap bersenam, tidur secukupnya dan minum banyak air.

Suntikan pelalian H1N1 juga kini dibuka kepada orang awam yang berisiko tinggi seperti wanita hamil; pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang; pesakit yang menghidapi penyakit kronik; individu dengan morbid obesity dan/atau menghidapi sebarang penyakit kronik.
Anggota barisan hadapan juga dinasihatkan mendapatkan pelalian H1N1 sebagai langkah pencegahan. Suntikan ini boleh didapati di 104 fasiliti kesihatan yang telah dikenalpasti. Maklumat lengkap fasiliti kesihatan kerajaan berkenaan boleh diperolehi melalui laman webhttp://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Memandangkan bekalan vaksin yang terhad, maka pemberian vaksin dilakukan mengikut pendekatan first come, first serve.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SERI LIOW TIONG LAI
Menteri Kesihatan Malaysia
2 April 2010

Which groups at high risk for severe illness from Influenza A (H1N1) infection?

• Children younger than 5 years old
• Persons aged 65 years and older
• Children and adolescents (< 18 years) on long term aspirin therapy
• Pregnant women
• Adults and children with asthma, chronic obstructive pulmonary disease, organ failure, cardiovascular disease , hepatic, heamatological, neurologic, neuromuscular or metabolic disorders such as Diabetes Mellitus
• Adults and children who have immunosuppression
• Residents of nursing homes and other chronic care facilities

Senarai Fasiliti Kerajaan Terpilih Untuk Pelaksanaan Pemberian Vaksin H1N1 Kepada Kumpulan Sasar Berkeutamaan

PAHANG

• KK Beserah, Kuantan
• KK Temerloh
• KK Karak, Bentong
• KK Dong, Raub
• KK Peramu Jaya, Pekan
• KK Bandar Jengka, Maran
• KK Triang, Bera
• KK Bandar Rompin, Rompin
• KK Padang Tengku, Lipis
• KK Jengka 8, Jerantut
• JPL Hosp Cameron Highlands

Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
Tel : 603-88832545
Faks : 603-88895542

No comments: