.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Tuesday, February 2, 2010

Indahnya Islam.... Kelebihan Lelaki dan wanita...

 
LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila  sudah baligh.
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak  perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang  belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke  atas ibunya dan  sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa  baginya  terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak,  perempuan hanya  perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala  dapat kepadanya  kalau &nb sp;buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi t-jwp lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

 WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu IZIN suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak pada lelaki.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai  serta disimpan ditempat  yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak  akan dibiar  bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang  wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat  kepada ibunya 3  kali  lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah  seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu  menjadi milik  peribadinya dan tidak perlu diserahkan k epada suaminya , manakala lelaki  menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara  isteri dan  anak-anak.

 Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh  makhluk ALLAH di  mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah  syahid kecil.  Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4  wanita :
 1. ibunya ,
 2. isterinya ,
 3. anak perempuannya , dan
 4. saudara perempuannya.
 Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya  ditanggung oleh 4  org lelaki ini :
 1. suaminya,
 2. ayahnya,
 3. anak lelakinya dan
 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui  mana-mana pintu Syurga  yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
 1. sembahyang 5 waktu
 2. puasa di bulan Ramadhan
 3. taat suaminya dan
 4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi  wanita jika taat  akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada  ALLAH akan turut  menerima pahala seperti pahala orang   pergi berperang fisabilillah tanpa  perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu. DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya,sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.
Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

2 comments:

siti the great said...

indahnye islam tu sehingga meletakkan martabat wanita di tmpt yg tinggi.. terbukti dalam al-Quran dlm surah an-nisa'....

time kasih zul mengingatkan tgjwb wanita sms di dunia untuk mendapat keberkatan di akhirat...

bina badan said...

dapatkan panduan bina otot badan untuk lelaki disini

agar anda lebih tuff dan macho....

miliki badan idaman anda bermula disini....