Sunday, April 15, 2012
Thursday, April 12, 2012
BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN
Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya, ia susu terbaik di dunia
Friday, March 30, 2012
My Comfirmation Letter.. :)
Alhamdulillah aku dah comfirm.. InsyaAllah lau da rezeki bulan 7 ni aku nak sambung buat POST BASIC... now da satu surat je lagi.. SURAT TARAF BERPENCEN... surat tuk buang KWSP dari payslip aku.. heheh...
Saturday, March 17, 2012
Loghat Negeri aku.. Pahang Darul Makmur...
walaupon aku org pahang tapi aku x pandai nk ckp loghat pahang.. what a waste.. nak blajo rasenyer macam doh lambat.. hahah... x reti nak ikut leweh/lagu dialek pahang nim.. hahaa,,
lagi satu nak cari lagu negeri pahang yg da penyanyi... yg aku jumpa bnyak minus one jer...
lagi satu nak cari lagu negeri pahang yg da penyanyi... yg aku jumpa bnyak minus one jer...
Sunday, March 4, 2012
Makna Persahabatan bagi Aku
sedih dalam gembira bila kawan2 dah mula kahwin... bagi aku suatu persahabatan yg amat bermakna bilamana kita jatuh kita tau da org yg sanggup hulurkan tangan tuk kita...
perkataan kawan baik bukan hanya bermain di bibir tapi penuh ruang di hati.. gembira bagi sahabat yg berkahwin tapi sedih kerna lepas ni dia akan mmpunyai kehidupan dia yg sndri.... dah susah tuk hang out macam bujang dulu...
Anyway.. buat kawan dan sahabat aku yg berumah tangga... Selamat tuk perkahwinan kalian.. doa aku semoga Allah kurniakan keluarga yg bahgia.. anak2 yg soleh.. barakallah hulakuma, wabarak'alaikuma, wajama 'alaikuma, fil khair..
Apabila BERTEMAN, jangan mengharapkan KEISTIMEWAANNYA,
Kerana engkau mungkin MEMBENCI tatkala ketemu KELEMAHANNYA,,
Apabila BERKAWAN, jangan mengimpikan KESEMPURNAANNYA,
Kerana engkau mungkin MENCELA andai terlihat KECACATANNYA,,
Apabila BERSAHABAT, jangan bersandarkan HARTA MILIKANNYA,
Kerana engkau mungkin MENGHINDAR tatkala dia dihimpit KEMISKINAN,,
Tetapi BERUKHWAHLAH KERANA ALLAH SWT,,
Nescaya akan lahir PERSAHABATAN yang TULUS,,
Yang dengannya akan saling BERKONGSI KENIKMATAN,,
Yang dengannya akan saling MENDOKONG KESULITAN..
Yang dengannya akan saling MENASIHATI kepada KEBAIKAN,,
Yang dengannya akan saling MELENGKAPI tiap-tiap KEKURANGAN dengan KELEBIHAN yang dimiliki,,
DEMI MENDAMBAKAN REDHA ILAHI..
Subscribe to:
Posts (Atom)