.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Sunday, April 15, 2012

PENGTAKRIFAN IJAZAH BERKAITAN DENGAN BIDANG TUGAS PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

 

 Assalammualaikum, khas buat warga Penolong Pegawai Perubatan. entry kali ni sy ambil dari Potal PPP Johor, berkenaan dengan degree bagi warga PPP. tulisan di bawah ini saya ambil dari saudara Amin Zafri Abd Rahman. beliau menulis berdasar kan pengalam dan pengetahuan dalam perkara ini. terima kasih atas info ini en amin.

_______________________________________________________________________________________________________________
 Salam sejahtera warga PPP..

Saya respond kepada permintaan Saudara Yusra yang ingin penjelasan berhubung ijazah-ijazah berkaitan .

PENGTAKRIFAN IJAZAH BERKAITAN DENGAN BIDANG TUGAS PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Kronologi

• Skim Perkhidmatan Pembantu Perubatan telah ditambah baik dan dikuatkuasa mulai 1 Januari 2007 melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2006 Jabatan Perkhidmatan Awam, bertarikh 4 Disember 2006. Skim perkhidmatan ini merupakan skim bersepadu merangkumi kategori Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan & Profesional. Skim ini telah memberi peluang kepada Pembantu Perubatan untuk meningkat laluan kerjaya mereka ke gred dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional. Ini memerlukan Penolong Pegawai Perubatan memiliki ijazah di dalam bidang-bidang berkaitan yang diperakukan oleh Lembaga Pembantu Perubatan dari masa ke masa.

• Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan Kali Ke 48 pada 28 April 2008 di bawah perkara 7.2 telah bersetuju empat (4) bidang pengajian peringkat ijazah yang ditakrifkan berkaitan iaitu Penjagan Pra Hospital, Kecemasan, Kejururawatan atau Sains Kejururawatan dan Forensik (Sains Perubatan Forensik). Keputusan mesyuarat ini kemudiannya dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Melaysia.

• Lembaga Pembantu Perubatan juga telah mengarahkan Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan yang berpejabat di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya untuk mengkaji dan membawa cadangan-cadangan untuk menerima pakai lain-lain ijazah berkaitan dari masa ke masa.

-------

Saya mengambil kesempatan di ruang ini untuk menjelaskan bagaimana Bachelor of Science (Honours) Nursing Practice Development telah diterima pakai sebagai ijazah berkaitan kepada profesion Penolong Pegawai Perubatan. Ijazah Sarjana Muda ini merupakan ijazah yang tergolong dalam takrifan Sains Kejururawatan oleh Lembaga Pembantu Perbatan. Namun, masih ada kalangan minoriti Penolong Pegawai Perubatan yang tidak jelas dengan kandungan program ini sedangkan mereka semua sebelum ini dididik dan diasuh oleh kalangan Pengajar-Pengajar yang mengikuti pengajian ini suatu masa dahulu.

• Di antara tahun 1996 dan 1998, Universiti Northumbria, United Kingdom telah memperkenalkan modular program yang sama kepada tenaga Pengajar Sains Kesihatan Bersekutu di Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini direka khas dengan pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia berasaskan keperluan negara untuk memperkasa perkhidmatan kesihatan. Ianya memberi penekanan kepada Pembangunan Praktis dan Pendidikan meliputi komponen penyelidikan, praktis refleksi, persempadanan amalan profesional, pengurusan perubahan serta pengajaran dan pembelajaran. Program ini dulunya dijalankan di Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Negeri Sembilan dan kini masih diteruskan bagi program pengijazahan Pengajar Anggota Sains Kesihatan Bersekutu Kumpulan yang dikendalikan oleh Kolej Universiti MAHSA.

Modular program Bachelor of Science (Honours) Nursing Practice Development (Kolej Universiti MAHSA).

Malaysian Studies (MQA) LAN 1003 (3 credits)
The Practice Arena as a Learning Environment (10 credits)
Facilitating Learning & Assessment in Practice (20 credits)
Professional Boundaries in Context (10 credits)
Contemporary Issues In Professional Practice – Comparative study between other health care provider (20 credits)
Leadership In Professional Practice – Analysing the leaders in profesional practice (10 credits)
Practical Application of Evidence Based Practice – Base on clinical research (20 credits)
Analysing Knowledge for Practice – Reflection to the role and function of AMO (30 credits)

Catatan :Jumlah kredit adalah 123.

• Oleh sebab pada ketika Skim Perkhidmatan Bersepadu Pembantu Perubatan diperkenalkan tiada Institusi Pengajian Tinggi yang mengendalikan program di peringkat ijazah khusus kepada Pembantu Perubatan, maka Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Pembantu Perubatan Semenanjung Malaysia dan Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan serta beberapa orang pegawai daripada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meneliti secara mendalam dan mendapati bahawa kaedah pengajaran serta pembelajaran di bawah program Bachelor of Science (Honours) Nursing Practice Development adalah didapati sesuai dengan bidang tugas Penolong Pegawai Perubatan.

• Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kolej Universiti MAHSA dan Nothumbria University, United Kingdom pada 13 Oktober 2008 untuk memberi ruang kepada Penolong Pegawai Perubatan mengikuti pengajian Bachelor of Science (Honours) Nursing Practice Development.

• Program Bachelor of Science (Honours) Nursing Practice Development adalah top-up programme 0+2 yang dikelolakan secara kerjasama antara Kolej Universiti MAHSA dengan Universiti Northumbria, United Kingdom dan dijalankan secara Sepenuh Masa mengugunakan kaedah student centered. Maknanya bekerja sambil belajar kerana setiap amalan praktisnya akan memberikan suatu impak kepada pembelajarannya.

• Kelayakan masuk ke program Bachelor of Science (Honours) Nursing Practice Development bagi Penolong Pegawai Perubatan adalah Diploma Pembantu Perubatan, berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman kerja.

• Spektrum pembelajaran program ijazah ini memberi keupayaan kepada siswazah menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh melalui :

→ Pelaksanaan modularnya membolehkan siswazah menyesuaikan diri dengan kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran ke arah matlamat pengajian bagi seseorang yang telah mempunyai pengalaman.

→ Trend pembelajaran memberi penekanan kepada hands on experience secara least restrictive environment dan belajar dalam iklim bekerja sebagai suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih realistik. Kaedah ini menghubungkaitkan teori dan praktikal.

→ Fleksibiliti dan tempoh pengajian face to face adalah mencukupi dengan keperluan 120 jam kredit mengikut sistem pengajian peringkat ijazah.

• Metodologi pendidikan disokong dengan medium pengajaran seperti e-learning secara komprehensif. Ia memberikan kemudahan kepada mereka membuat eksplorasi yang lebih menyeluruh. Pendekatan self directed study memberi ruang dan kebebasan meneroka, menganalisis, membuat perbandingan serta memilih atau mencetus idea terbaik untuk pembangunan praktis secara holistik.

• Program Bachelor of Science (Honours) Nursing Practice Development perlu diberi pertimbangan bagi perkembangan personel dan pengukuhan profesion Penolong Pegawai Perubatan.

• Pada masa ini, seramai 727 orang Penolong Pegawai Perubatan telah dan sedang mengikuti pengajian Bachelor of Science (Honours) Nursing Practice Development.

Ulasan

• Daripada senarai Ijazah-Ijazah Sarjana Muda yang ditakrifkan berkaitan ini, didapati Bachelor of Science (Honours) Nursing Practice Development mempunyai fleksibiliti daripada segi masa kuliah dan tutorialnya.

• Program Bachelor of Science (Honours) Nursing Practice Development telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tempoh sehingga 2016. Justeru, siswazahnya tidak mempunyai halangan untuk diterima ke dalam Perkhidmatan Awam sama ada melalui pelantikan pertama atau melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan seperti mana yang berlaku kepada 26 daripada 28 orang Penolong Pegawai Perubatan daripada program ini yang dinaikkan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U41 baru-baru ini.

• Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan Cuti Belajar/ Kursus Sambilan sebanyak 30 hari setahun kepada mana-mana program Sarjana Muda yang telah mendapat pengiktirafannya.

• Jika anda memiliki ijazah yang telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam seperti mana Bachelor of Science (Honours) Nursing Practice Development maka anda juga berpeluang untuk mengisi jawatan-jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional di dalam Perkhidmatan Awam yang memerlukan ijazah terbuka seperti Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Tadbir Awam, Pegawai Kastam dan sebagainya. Oleh sebab ijazah ini berorientasikan perubatan dan kesihatan maka anda juga boleh dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Bomba, Pegawai (Kapten) Jabatan Pertahanan Awam, Pegawai-pegawai bagi perkhidmatan yang berorientasikan keselamatan dan kesihatan, Pengajar Penolong Pegawai Perubatan dan sebagainya. Nah, medan kerjaya anda semakin luas! Hak anda untuk menentukan masa depan anda. Anda tidak boleh tertumpu pada kementerian Kesihatan kerana peruntukan jawatannya terhad dan pengisiannya juga bergantung kepada kekosongannya. Graduan semakin ramai sedangkan pengisian jawatannya semakin berkurangan.

• Bagi Penolong Pegawai Perubatan yang mempunyai keinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda, saya menasihatkan agar pastikan program yang ingin diikuti telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam dan ia termasuk dalam senarai ijazah berkaitan. Saya tegaskan di sini bahawa ijazah berkaitan sahaja tidak cukup sekiranya ia tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Jangan jadikan diri anda sebagai bahan uji kaji untuk sesuatu program yang belum pasti mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam kerana saya bimbang hajat hati kelak tidak kesampaian. Ramai Penolong Pegawai Perubatan yang merujuk perkara ini kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan pandangan namun pandangan yang diberikan pula dilihat tidak memuaskan dan tidak memberikan suatu jaminan sedangkan program ijazah berkenaan masih belum wujud. Yan memberi nasihat pun belum pun mengambil ijazah! Jika belum wujud ijazah yang dicanangkan, masa bila penggubalannya? Masa bila pula kelulusan MQA dan KPTnya? Masa bila pula provisional akreditasinya? Masa bila pula akreditasi penuhnya? Masa bila pula mendapat perakuan takrifan berkaitan oleh Lembaga Pembantu Perubatan? Masa bila pula akan mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam? Ermmm….masa bila pula akan dilantik dengan ijazahnya? Jadi, ingat pepatah Melayu “sudah terang lagi bersuluh”. Ingat juga, tidak semudah itu membatalkan ijazah yang sedia ada ditakrifkan berkaitan kerana implikasinya amat besar. Sayalah orang pertama yang akan menentangnya jika itu berlaku kerana ia bertentangan dengan hasrat kepimpinan terdahulu. Mereka telah meninggalkan legasinya yang ada hari ini untuk mempertahankannya dan tidak tunduk dengan anasir-anasir mazmuhah yang melanda profesion hari ini. Jika saudara-saudaraku ingin berjaya, ikutilah mereka yang berjaya!

Saya tidak berniat mempromosikan Bachelor of Science (Honours) Nursing Practice Development tetapi daripada kaca mata saya dan buat masa ini, ia sahaja yang dilihat menepati keperluan perkhidmatan dan fleksibiliti. Ada juga beberapa program ijazah yang ditakrifkan berkaitan sudah tidak dijalankan dan ada yang menanti pengiktirafan pihak-pihak berwajib. Saya tidak mahu merencatkan keinginan anda untuk belajar sebab itulah saya memberikan penjelasan panjang lebar di ruang ini agar anda tidak membuang masa untuk bertindak atau akhirnya melunturkan motivasi dan semangat anda untuk belajar. Saya menggalas harapan kepimpinan dahulu untuk melihat profesion ini dilimpahi dengan pengamalnya yang berijazah. Walaupun saya tidak mempunyai mandat untuk memartabatkan profesion dalam landasan rasmi, saya tetap mengintai dari jauh dan akan melakukan yang termampu kepada profesion. Biar orang tidak mengenali kita asal kita tahu itu ‘buah tangan’ kita dan kita akan merasa kepuasannya apabila hajat tertunai dalam memenuhi impian dan harapan pejuang terdahulu!

Yang ikhlas,

Amin Zafri bin Abd Rahman
Siswazah BSc. NPD kini PPP U41

p/s: Saya menyeru kepada Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan agar melihat kalangan Penolong Pegawai Perubatan yang TELAH memiliki ijazah tidak berkaitan. Keikhlasan dan semangat mereka belajar harus diberi pengiktirafan. Apa bezanya mereka dengan kalangan Penolong Pegawai Perubatan Gred U36 yang boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke Gred U42 walaupun mereka tidak memiliki ijazah berkaitan. Usah bercakap soal pengalaman jika ia sudah melampaui zaman. Fikir-fikirkan dan maaf zahir dan batin.
_______________________________________________________________________________________________________________
entri ini saya ambil bagi semua kita warga PPP bagi menambah pengetahuan dalam bidang degree of nursing dalam PPP. harap dapat penjelasan yg berkenaan. info dari Portal PPP johor di Facebook.. 

2 comments:

aisyah said...

salam...nak mintak share blh?

xhilmi said...

silakan :)