.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Saturday, July 24, 2010

hari pertama aku respon ambulance call sorang...


 
                                             Ya Allah.. hari ni 24 July.. mencatat rekod dalam hidup aku bile aku bekerja kat unit pre hospital care hospital sultanah aminah JB...unit ni merupakan unit untuk pengambilan kes kecemasan ( ambulance call).... selain dari 2, kami perlu jadi "runner" (tolong jika tmpt tu terlalu bz) tuk zon kritikal dan separa kritikal.... aku sepatutnya cuti hari ni tapi aku kena ganti orang tuk kerja coz tak da orang. aku  cam biasa la gi kerja kul 6.30am coz kul 7am dah kn bekerja ( punch card awal la sket dari 2)..

pagi tu, aku kena rrespon satu panggilan kecemasan. ada satu pesakit yang mengalami BODY WEAKNESS ( x larat) campur dengan UNABLE TO PU AND BO for almost a week ( x leh kencing n berak dah seminggu).. aku gi la ngan seorang attendant dan seorang driver.. aku jadi pegawai yang incharge hari 2...hahhaa... x sangka aku dah   jadi incharge sekejap... haha..


IV Line Branula



mujurlah pesakit ok.. stabil.... tapi oleh kerana ni kali pertama aku gi ambil seorang pesakit tanpa ada senior yang ikut, aku terlupa nak set in line branula ( letak tiub masuk air) kat pesakit...  mujur la incharge aku x marah.. hehhe.. dah  la aku x pandai nk cakap n tak tahu nak cakapa per melalui walkie talkie yang disediakan ke hospital ( CALL CENTRE).. hahhaha.. pengalaman yang  amat memberi kesan kat aku... esok 25 hb aku sekali lagi akan bertugas kat pre hospital care tuk shif pagi... hope aku akan lebih confident... hehehhe

Wednesday, July 21, 2010

Program Penempatan Wajib Penolong Pegawai Perubatan Lantikan Baru

aku sekarang dalam Program Penempatan Wajib (PPW).. program ni khas untuk Penolong Pegawai Perubatan U29 lantikan baru dalam Kerajaan... kira atachment before betul-betul bertugas kat lapangan la... program ni di buat selama 6 bulan...

aku PPW kat hospital sultanah aminah.... hospital ni bz giler... ngan banyak perkara yang kami kena acomplish dalam PPW ni... HSA ni merupakan hospital pertama kat Malaysia yang mempunya sistem modul kokurikulum yang terbaik buat PPW... kami ada 13 modul tuk dihabiskan... susah lak tu....

harap-harap, aku leh lepas la program ni... hehehe... wish me luck... kena study semula ni/... hehehe... mlas tul la...

Sunday, July 18, 2010

Aku dah bertugas... hahahaaha


aku dah berkerja wei... hahhaa.. sungguh aku tidak sangka... ahahhahaha...
tapi skunk aku ngah berjimat cermat coz aku nyer duit poket dah sengket and kering giler...
disebabkan oleh itu...  aku akan berpuasa sehingga bulan ramadhan.. alang-alang berjimat.. baik aku buat amalan pahala terus.. ehheheeh...


lagipun bersesuaian ngan matlamat aku tuk menguruskan badan... hahahhaha...
sekarang aku bz giler sehingga aku x dapat nak online... ( sebenarnya x da laptop n broadband) heheheh...
ok la.. nanti aku update agi yea.. kalu ada masa... assalam...

Aku dah berumur.... 19 tahun,.. hahahaha....

tak sangka aku dah tua skunk,... hahhaha...
pejam celik n pejam serta celik lagi aku dah sambut birthday aku lagi.... tapi tahun ni istimewa skit coz aku dah mula kerja.. ehhhe...
neway... thank tuk semua yang wish.... nati post la hadiah kat aku ea.. hahahaahha....


aku berumur 22 la... hahhahah...

tq tuk mal coz da present n tuk semua yang akan bagi or dah bagi.. ehhehe///

Friday, July 9, 2010

Klinik Desa Naik taraf < Penolong Pegawai Perubatan akan kendalikan klinik desa>

Klinik desa naik taraf


2010/07/09

SEPANG: Perkhidmatan kesihatan di klinik desa yang sebelum ini tertumpu kepada rawatan ibu dan bayi akan diperluaskan dengan memberikan rawatan penyakit ringan termasuk demam, batuk dan selesema apabila lebih 2,000 klinik itu di seluruh negara bakal dinaikkan taraf bermula Ogos depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sekurang-kurangnya seorang pembantu perubatan akan ditempatkan di klinik berkenaan.


“Sehubungan itu, kementerian memerlukan lebih 2,000 pemabntu perubatan dan pada waktu sama usaha dibuat bagi mengambil semula mereka yang sudah bersara untuk dilantik semula secara kontrak.


“Usaha menaiktaraf klinik membolehkan mereka yang menghidap sakit ringan seperti batuk, selesema dan demam diberikan rawatan,” katanya pada sidang media selepas melawat Klinik Desa Sepang, di sini, semalam.


Bagaimanapun, Tiong Lai berkata, penyediaan pembantu perubatan di setiap klinik bakal dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan di Klinik Desa Sepang bermula Ogos depan. Menurutnya, kementerian mempunyai perancangan bagi meningkatkan khidmat pembantu perubatan berdasarkan kekurangan yang dihadapi.


“Kita akan melatih dan menambah lebih ramai pembantu perubatan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),” katanya.

petikan dari harian metro...

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Klinikdesanaiktaraf/Article