.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Wednesday, April 20, 2011

Gadis Turki Islam pertama berbogel untuk Playboy

aper nak jadi.. aper nak jadi... cam lagu sm salim la lak... 

islam liberisasi ker ni???

kalau kat indon, kris dayanti mengaku da anak lua nikah... ni kat jerman :

 Gadis Turki Islam pertama berbogel untuk Playboy


KULIT depan majalah Palyboy yang menunjukkan Sila Sahin berbogel.


BERLIN - Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.
Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.
Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.
"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.
"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.
Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.
"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.
Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.
Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.
Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.
Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.
Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.
Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.
"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.
"Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Agensi

Thursday, April 14, 2011

Tekad Untuk Kurus.. (^_^).. lose 5kg in 5 weeks...


salam semua..

hari ni aku cam terpanggil untuk tulis pasal determination aku tuk menguruskan badan... 
aku dulu before start kerja.. x la besar sangat badan.. perut pun tak la kedepan sangat.. (^__^)
tapi semenjak dua menjak ni.. aiseyman... makin berisi-risi..
macam kena pam plak.. 
oleh sebab itu... aku cukup merasakan aku ni rendah diri la... x boleh jadi ni... 
kena turunkan berat badan aku ni...

justeru itu...
dengan kehebatan jari aku menaip di internet.. hehhe.. aku terjumpa la satu website yang boleh menolong aku untuk merealisasi kan impian murni aku ni... 
nama website tu KevinZahri...
banyak gak la info yang boleh di gunai pakai tuk membantu diri tuk menguruskan diri... 
slah satunya about program diatas.. lose 5 kg in 5 weeks... amazing right? i wanna try it and wait for my result.. hihihihi


so, aku berharap aku dapat la sebuah e-book program kevin zahri ni.. boleh la aku menguruskan badan ni ngn super effective.. heheh.. aku letakkan link dia kat bawah ni.. so.. korang yang bercita2 sama ngan aku ni... jom la meng-kelik link beliau.. 

akhir kata dari aku... doakan la kejayaan aku yea.. heheh... gemuk sangat dah aku ni... hahahha...