.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Thursday, December 15, 2011

Degree BACHELOR OF HEALTH CARE PRACTICE WITH HONOURS

salam semua,

Dukacita buat kita semua warga Penolong Pegawai Perubatan coz degree yang di canang-canang akan di buka di Open University Malaysia masih tidak dapat dijalankan...

terdapat masalah biokrasi untuk mulakan degree tu, apa yang aku dengar disebabkan MQA tidak approve lagi.. dia nak ada freshie dari STPM or Matrik... macam degree Perubatan Kecemasan dulu kat UKM..

degree ni baru nak dibuat, tu yang susah tuk establish... harap-harap pihak lembaga dan OUM akan terus berusaha untuk buka course ni..

marilah kita berdoa supaya degree ni lulus dengan cepat.. aku akan cuba update lagi... MAJULAH PPP UNTUK MALAYSIA..   :)

p/s: credit to Bintang Di Surga coz bagi info..

3 comments:

MALAYSIAN PARAMEDICS said...

Salam bro...sememangnya amat susah utk jalankan sesatu degree dlm bidang berkaitan dgn kesihatan dan kejuruteraan secara pjj...kerana kedua2 bidang ni melibatkan nyawa manusia....
Saya pernah utarakan hal semacam ni dulu...caranya, ppp menjalani program sepenuh masa selama 4 tahun...tetapi bergaji penuh....caranya mudah...tapi pelaksanaannya susah....
Ppp melalui lembaga, ipta,mqa, moh, dan jpa mesti duduk semeja....kemudian berbincang macamana utk mendapatkan persetujuan supaya ppp belajar bergaji penuh...
Caranya, buat kerjasama dgn beberapa ipta/ipts...
Kemudian ppp yg dpt sambg pengajian tu mesti diarah bertukar ke mana2 kampus yg dia belajar...
Kemudian ppp tersebut mesti bekerja seperti biasa secara divided di tempat tersebut...pukul 6 ptg sehingga 10 mlm dia mesti masuk kelas di ipta/s tersebut...belajar ttg degree yg dia ambik...
Begitu laa selama 4 thn....maka, korsnya tetap dikira 4 thn...full time...malah, dah siap dengan praktikal...
Hal ni tk mustahil...
Sebab m.o unit aku bekerja buat kors kepakaran dengan cara ni...

xhilmi said...

bernas gak tu.. senior2 leh la syorkan kat lembaga... kami cuma harap, ada sesuatu tuk kami... sebagai satu landasan yg kukuh... sebagaimana NUrse yg dah ramai buat master sedangkan kita ijazah pon masih tercari2...

Anonymous said...

Salam saudara amin zefri, saya rasa usah kita kita pertingkaikan soal u36 dinaikkan u42 tanpa degree, memang saya akui pengalaman amat sukar untuk dibeli macam degree tetapi kalau ada u41 pun adakah kita masih bole memberi ubatan list A atau B ...semestinya perlu mendapatkan keizinan pegawai perubatan . So, pendapat saya kita lebih baik bergabung diantara pengalaman dengan kelayakan akedemik . Caranya pihak PPP U42 menyediakan perseiapan atau kertas kerja yang membuat persiapan serta memberi sokongan kepada golongan PPP U41 ini berkumpul dan bersatu dalam membentuk idea-idea yang bernas dan boleh digunapakai dalam memperkembangkan bidangkuasa kerja kita dari aspek klinikal ( memperkembangkan lessen ) .Cuma yang saya takut bila wujud golongan P&P yang berijazah dan KPSL ini akan berlaku pembentukan kumpulan dalam golongan PPP yang akhirnya akan menjadi perebutan yang membawa kepada pejumutan profesion. Senang saja , sya telah menjalankan pemerihatian semua tempat yang mempunyai PPP U41..skop kerjanya bila bahagian klinikal macam U29 , lastly buat pengurusan tetapi bila konflik berlaku dalam pengurusan sumber manusia atau organisasi pelbagai teori banyak di utarakan tetapi bertambah terbelit kerana tiada pengalaman.

So lebih baik kita menjadi resmi air kopi.. perlukan gula untuk maniskannya dan gula perlukan kopi bagi mengelarkan ia sebagai minum kopi .

Saya harap kita semua dapat berfikir tentang ini semua kerana ego dan bongkak membawa kepada kehacuran profesion.