.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Wednesday, April 21, 2010

Teman, kawan & sahabatKU... (istimewa Buat Kalian)

teman,
nan jauh di lubuk hati,
Penting dirimu terasa,
tika lalui onak
ranjau...

kawan,
nilai persahabatan kita,
tiada nilainya,
Ibarat Pincang Kapal
tiada Kemudi..

sahabat,
doaku kita tetap bersama,
sulaman kasih kita,
tidak kan terurai,
selamanya.....

xhilmi 2010

Sunday, April 11, 2010

aku sayang dia… arwah shah rezzal dan arwah shahrul nizam


aku sayang dia… walaupun dah lebih sebulan kau pergi tapi terasa macam semalam aku baru bergurau dengan kau… macam semalam jer baru berbual ngan kau… macam semalam jer kiter naik motor sama-sama pergi kedai makan, breakfast sama2… lunch n diner sama2… Ya Allah, susahnya diriku untuk lupakan dia… Shah Rezzal, aku sayang kau… Shahrulnizam, aku sayang kau… aku rindu sangat korang…
Arwah Shah @ Labu…..
aku rindu sangat kat kau… aku ingat lagi time ko tido, mesti x nak guna bantal.. aku suka gigit ko.. hahahha.. time ko bw motor, aku picit perut ko n gigit bahu ko.. aku rindu sangat saat 2… aku terkilan sangat coz x dapat ckp yang aku sayangkan kau sebelum ko pergi menghadap Ilahi.. aku still rasa kehadiran kau, terutama dalm bilik… terasa macm ko stil ada kat dok kat meja laptop… tido sebelah aku… teringat sangat time kite study sm2.. ko ingat tak buah mempelam yang kita mkn ms study 2, biji buah 2 kan aku tanam.. ko ckp aku gler.. biji 2 dah bercmbah.. Ya Allah… rindu nyer aku kat ko… aku ckp nak g umah ko time cuti semester ni.. Labu, aku g umah ko.. aku jumpa mak ayah ko.. aku jumpa abg yus..dah tiga kali aku g.. pertama kali semasa hantar jenazah ko, ko msti nmpk kan.. orang ckp roh ader kat ngn kwan n fmly until 44 hari..ntah la, aku pn x tau sal hal ni.. aku tak tau sangat kenapa aku tulis macam ni.. mayb ni jer cara yang dapat aku express perasaan aku.. aku sayang and rindu ko sangat2,… insyaAllah kat Akhirat nti kita jumpa lagi… Selamat Tinggal Sahabat Baik ku..

Arwah Shahrulnizam…
aku pun rindu sangat kat ko… aku sayang kat ko… sejak orientasi kiter dok sama2.. kiter satu kumpulan dari sem satu sampai sekrg.. aku jadi ketua exco ko.. ko banyak tolong aku dalam class.. tapi knp aku x pnh ucapkan terima kasih kat ko.. aku minta maaf sangat2 kat ko… ko mmg kawan yang sejati, aku pnh mrh ko tp ko x pnh amik ati… aku mmg kawan yang teruk.. tapi jauh kat sudut ati aku aku nk minta maaf tp x tau knp egi sgt diri aku ni… nizam.. maafkan aku.. aku bnyak dosa ngn ko.. kiter byak bersama malah setiap gambar yang aku amik kat kolej mesti ader muke ko.. kiter sama2 MPP kolej.. aku cm xleh wat kerja dah sejak ko x der.. terasa betul kehilngan ko… aku x sangka last time aku g blik ko 2 last aku jumpa ko.. ko peluk aku n arwah labu tangkap gambar kiter… aku sedih tul kalu tgk gmbar 2…  ko panggil aku sayang time 2… Ya Allah…sejauhmna aku sayangkn ko, Allah lebih sayangkan ko.. aku redha ngan pemergian ko.. aku minta maaf coz x dpt hntar jenzah ko blik kg hari 2.. aku dh janji nk dtg umah arwah labu.. sebab 2 aku hantar jenazah arwah labu… Nizam.. Maafkan aku, aku sayang dan ridu sangat2 kat ko… insyaAllah kite jumpa kat Akhirat nati… tgu aku kat sn…
Buat kedua2 kawan baik ku.. korang pergi serentak… macam dah berjanji nak pergi sekali.. aku x sngka akan hilang korg skali gus.. kiter baru jer bincang nti nk kua brkerja kat maner… nak naikn pointer masing2.. kenapa la air mata aku laju je turun… dalam sebulan lepas, air mata aku mudah jer nk turun mengalir ke bumi… aku x dpat nk bendung dh..  aku akan sentiasa kenang korang dalam doa aku.. insyaalah aku akan cuba sedekah yasin n alfatihah sekerap yg aku blh.. ok lar.. dah kul 5 am ni… aku pergi dulu.. aku sayang sangat kat ko shah rezzal dan shahrulnizam… rindu sgt2.. nti aku tulis lagi yerk…. wslm…

(dari blogs di friendster.. JUN 21 2009)

Sunday, April 4, 2010

PANDEMIK H1N1 DI MALAYSIA 2010

Sehingga 1 April 2010


Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan masyarakat bahawa Influenza A(H1N1) masih aktif. Walaupun situasinya masih dalam keadaan terkawal masyarakat harus mengambil langkah berwaspada untuk mengelakkan diri dari dijangkiti. Oleh itu masyarakat disaran supaya terus berwaspada dengan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan kebersihan diri, mendapatkan rawatan awal dan tidak mengabaikan langkah-langkah pencegahan Influenza A(H1N1) yang telah diumumkan sebelum ini.

Situasi pandemik influenza di Malaysia pada keseluruhannya sejak tiga minggu yang lalu menunjukkan tren peningkatan kes H1N1 berbanding minggu sebelumnya. Secara purata seramai 50 kes positif Influenza A(H1N1) seminggu dikesan berbanding 20 kes seminggu pada bulan Januari dan Februari 2010. Jumlah kes terkumpul positif Influenza A(H1N1) yang dilapor sejak bulan April 2009 sehingga kini adalah 12,688 kes. Pada minggu ini sehingga 1 April 2010, terdapat 210 kes baru dengan gejala Influenza-like Illness (ILI) yang dirawat di hospital. Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara sepanjang minggu ini hingga 1 April 2010 adalah seramai 380 kes. Dari jumlah ini, 32 orang pesakit atau 8.4% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal. Jumlah terkumpul kematian kekal pada 77 orang sehingga kini. Terdapat sepuluh kejadian kluster ILI dilaporkan sepanjang minggu ini sehingga 1 April 2010. Kluster ini melibatkan negeri-negeri Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Melaka.

Kluster yang dilaporkan adalah:
1. Asrama SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan (6 orang)
2. Institut Belia Negara, Tangok, Bachok, Kelantan (12 orang)
3. Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak (31 orang
4. SMK Langkawi Pulau Tuba, Langkawi, Kedah (30 orang)
5. SRJK (Tamil) Kuala Kubu Bharu, Selangor (15 orang)
6. Rumah teres KM 141/2, Jln Jasin-Merlimau, Melaka (2 orang)
7. Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar, Jasin, Melaka (4 orang)
8. SK Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting, Langkawi, Kedah (48 orang)
9. SM Teknik Langkawi, Kedah (43 orang)
10. SK Sri Nobel, Petaling Jaya, Selangor (3 orang)

Memandangkan kejadian kluster di Malaysia banyak melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan institusi maka pelajar-pelajar serta ibubapa dinasihatkan mengamalkan langkah pencegahan seperti berikut:
a) Bagi pelajar yang mengalami demam, batuk dan sakit tekak; mereke perlulah mendapat rawatan segera dan tinggal di rumah dan tidak ke sekolah. Para pelajar boleh kembali ke sekolah setelah sembuh;
b) Basuh tangan dengan kerap;
c) Pakai penutup hidung dan mulut jika mempunyai tanda-tanda demam selsema seperti demam, batuk dan sakit tekak;
d) Amalkan adab batuk yang baik iaitu dengan menggunakan tisu dan sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dlam tong sampah dan jangan berkongsi sapu tangan;
e) Sekiranya tiada air, gunakan ‘hand sanitiser’ selepas menyentuh peralatan awam atau selepas mempunyai kontak dengan sesiapa yang mempunyai Influenza-like Illness; dan
f) Amalkan cara hidup sihat iaitu mengambil diet yang seimbang, kerap bersenam, tidur secukupnya dan minum banyak air.

Suntikan pelalian H1N1 juga kini dibuka kepada orang awam yang berisiko tinggi seperti wanita hamil; pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang; pesakit yang menghidapi penyakit kronik; individu dengan morbid obesity dan/atau menghidapi sebarang penyakit kronik.
Anggota barisan hadapan juga dinasihatkan mendapatkan pelalian H1N1 sebagai langkah pencegahan. Suntikan ini boleh didapati di 104 fasiliti kesihatan yang telah dikenalpasti. Maklumat lengkap fasiliti kesihatan kerajaan berkenaan boleh diperolehi melalui laman webhttp://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my. Memandangkan bekalan vaksin yang terhad, maka pemberian vaksin dilakukan mengikut pendekatan first come, first serve.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SERI LIOW TIONG LAI
Menteri Kesihatan Malaysia
2 April 2010

Which groups at high risk for severe illness from Influenza A (H1N1) infection?

• Children younger than 5 years old
• Persons aged 65 years and older
• Children and adolescents (< 18 years) on long term aspirin therapy
• Pregnant women
• Adults and children with asthma, chronic obstructive pulmonary disease, organ failure, cardiovascular disease , hepatic, heamatological, neurologic, neuromuscular or metabolic disorders such as Diabetes Mellitus
• Adults and children who have immunosuppression
• Residents of nursing homes and other chronic care facilities

Senarai Fasiliti Kerajaan Terpilih Untuk Pelaksanaan Pemberian Vaksin H1N1 Kepada Kumpulan Sasar Berkeutamaan

PAHANG

• KK Beserah, Kuantan
• KK Temerloh
• KK Karak, Bentong
• KK Dong, Raub
• KK Peramu Jaya, Pekan
• KK Bandar Jengka, Maran
• KK Triang, Bera
• KK Bandar Rompin, Rompin
• KK Padang Tengku, Lipis
• KK Jengka 8, Jerantut
• JPL Hosp Cameron Highlands

Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
Tel : 603-88832545
Faks : 603-88895542