.::Welcome to Lord_xhilmi's Crap Worlds::.
Mysterious world that you cannot find anywhere

Thursday, September 30, 2010

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang ga...dis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Monday, September 27, 2010

16 signs you love someone


  16 signs you love someone

  SIXTEEN:
  When you're on the phone with them late at night and they hang up, you
  still miss them even when it was just two minutes ago.

  FIFTEEN:
  You read their Texts and Ims Over and over again.

  FOURTEEN:
  You walk really slow when you're with them.

  THIRTEEN:
  You feel shy whenever they're around.

  ELEVEN:
  When you think about them, your heart beats faster but slower at the same time.

  TEN:
  You smile when you hear their voice.

  NINE:
  When you look at them, you can't see the other people around you, you
  just see him/her.

  EIGHT:
  You start listening to slow songs while thinking about them.

  SEVEN:
  They're all you think about.

  SIX:
  You get high just from their scent.

  FIVE:
  You relize you're always smiling when you're looking at them.

  FOUR:
  You would do anything for them, just to see them.

 THREE:
  While reading this, there was one person on your mind this whole time.

  TWO:
  You were so busy thinking about that person, you didnt notice number
  twelve was missing

  ONE:
  You just scrolled up to check & are  now silently laughing at yourself.
  
check whether u have the symptom.... gud luck....

Lagu Rakyat Pahang-ROSLAN MADUN_Menghilir Di Sungai Pahang

Sunday, September 26, 2010

Syiah, Karbala dan Assyura

Syiah, Karbala dan Assyura


HARI ini, dua bandar yang dianggap suci oleh penganut fahaman Syiah di Iraq iaitu Karbala dan Najaf akan menjadi tumpuan.
 
Ia kerana di kedua-dua bandar berkenaan akan diadakan perayaan menyambut Assyura sempena 10 Muharram. Pengikut Syiah menjadikan tarikh berkenaan sebagai hari memperingati kematian Saidina Hussein. Mereka akan menyambutnya dengan cara memukul badan sendiri sehingga berdarah.
 
Berikutan itu pihak berkuasa Iraq sudah menetapkan akan mengerahkan hampir 50,000 anggota tentera dan polis bagi mengawal keamanan di kedua-dua bandar berkenaan. I
 
a bertujuan bagi mencegah sebarang serangan yang dikatakan melibatkan puak Sunni. Di Iraq, penentangan dan perbalahan antara dua puak Islam ini masih berterusan sehingga kini.
 
Perbalahan mereka dikatakan semakin memuncak apabila Saddam Hussein disingkirkan daripada jawatan Presiden melalui pencerobohan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2003.
 
Langkah kawalan keselamatan yang ketat itu terpaksa dilakukan apabila pada Rabu lalu, dua terbunuh manakala 24 lagi cedera apabila sebutir bom meletup ketika mereka menghadiri salah satu acara sempena sambutan Assyura.
 
Komander tentera Iraq di Karbala, Jeneral Usma al Ghameni menyatakan, sebanyak 20,000 anggota keselamatan akan ditempatkan di bandar itu.
Berikutan serangan berani mati yang kerap kali dilakukan oleh kaum wanita, Usman juga telah mengerahkan 600 anggota tentera wanita untuk bertugas.
 
Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Iraq itu adalah bagi memastikan peristiwa pengeboman yang terjadi ketika sambutan Assyura di Baghdad dan Karbala pada tahun lalu tidak berulang.
 
Dalam kejadian berkenaan lebih 170 pengikut Syiah terkorban sehingga ia menambahkan lagi ketegangan hubungan kumpulan itu dengan puak Sunni.
''Kita juga akan memastikan helikopter membuat pengawasan daripada udara bagi menghalang sebarang serangan mortar,'' kata Usman.
 
Bagi mengelakkan ketegangan, Komandan Polis Karbala, Al Jassim Mohammed menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang dilihat berunsur politik.
 
Ia memandangkan mereka tidak mahu sambutan itu dijadikan medan untuk berkempen memandangkan Iraq akan mengadakan pilihan raya Parlimen pada Mac nanti.
 
''Kami tidak akan membenarkan gambar calon atau mana-mana pemimpin politik dipamerkan. Ini adalah acara keagamaan maka ia tidak boleh dicemari dengan unsur politik,'' katanya.
 
Gabenor Karbala, Amal Adin al Her pula menjangkakan lebih sejuta pengikut Syiah akan mengunjungi bandar itu mulai semalam hingga hari ini.
''Jumlah ini termasuklah 60,000 orang dari negara-negara Teluk, Iran, Pakistan,'' katanya. Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.
Pandangan ulama
 
Apa yang lebih menjadi perhatian kepada ulama-ulama besar ialah perbuatan pengikut Syiah yang mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Hussein.
 
Dalam Kitabnya al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu' , seorang ulama Musa al-Musawi menyatakan;
 
''Perlu kami asingkan satu pasal yang khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala dengan pedang dan menyiksa badan pada hari kesepuluh Muharram sebagai berkabung di atas kematian Saidina Hussein.
 
''Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim-musim perayaan sempena kematian Saidina Hussein.
 
Amalan ini berlaku di Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lebanon pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah di beberapa tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan.
Perayaan
 
''Sebagaimana yang kami telah katakan pada pasal yang lalu bahawa Syiah mengadakan perayaan pada hari Asyura semenjak berabad-abad lagi.
 
Selain daripada itu bacaan ziarah yang banyak diperkatakan sebelum ini di mana para pujangga telah menasyidkan beberapa qasidah di hadapan kubur sehingga seorang penyair Arab yang bernama Syarif Reda semasa menyampaikan qasidahnya yang mulia di hadapan kubur Husain yang mana terdapat diawal qasidah tersebut iaitu "Karbala sentiasa kamu berada di dalam kesusahan dan bala' hingga sampai kepada bait ini iaitu:
''Berapa ramai orang yang telah berperang di atas tanah ini, sehinggalah darah yang mengalir dan mereka yang terbunuh.''
 
''Penyair tersebut menangis sehingga ia pitam. Yang pastinya bahawa imam-imam Syiah merayakan hari kesepuluh Muharram, mereka duduk di rumah-rumah dengan menerima ucapan takziah daripada orang-orang yang memberikan takziah dan mereka mengadakan majlis jamuan pada hari itu.
 
Imam mereka memberi khutbah dan qasidah bagi mengingati Saidina Husain dan Ahli Bait Rasulullah SAW. dan kelebihan-kelebihan mereka.''
 
Kesimpulannya, puak Syiah mungkin alasan tersendiri tetapi sebagai umat Islam, marilah kita memahami sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
 
''Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah'' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Friday, September 24, 2010

NAK TAHU TAK JANTINA LAPTOP KORANG?





Jgn xtau.....laptop pun ada jantina...
so, nak tahu tak jantina laptop yg selalu dingadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....hehehehehe

buat je step kt bwh ni...

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
    Save as =  love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?
Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....

Enjoy! blh wt korg gelak tau.... saje nk korg segarkn mata2 yg kuyu dh tu...hehehe